Pernahkah anda impikan untuk menayangkan iklan Innity di blog anda?. Pernah terbaca di blog-blog yang bernaung di bawah Innity, hasil yang mereka dapat memang kaw-kaw?. Kalau dulu syarat untuk apply Innity 20k UV dan 100k page view, tapi kini syaratnya telah diperketat 2 kali ganda.
Boleh tengok screenshot ni kalau nak lebih yakin.
Huhu…boleh nangis aku tengok syarat baru ni. Syarat yang lama tu pun, UV memang lebih dari lepas lah, tapi tang pageview tu memang aku lemau sikit. Bukan lemau sikit lah, tapi lemau banyak. Isk isk uwaaa….
So, kepada blogger-blogger yang mahukan iklan Innity menari-nari di blog, perlulah berusaha 2 kali ganda juga. 😀 Ada sesiapa yang berhajat nak apply Innity? Kepada yang dah berjaya berInnity, tahniah lah kat korang. Korang memang bergaya. 😀
p/s: Minggu ni memang minggu aku sakit. 2 hari lepas aku demam, muka rasa panas giler, mata pun panas , huhhu…sampai last-last aku ambil jade yang aku beli masa bercuti ke Beijing dulu, letak kat kelopak mata aku. Barulah kurang sikit panas. Hari ni dah baik dari demam, cuma tinggal selsema sikit-sikit, gigi pula sakit. Ya Allah, sakitnya Allah je lah yang tahu. Sampai telinga, pipi dan mata aku pun rasa sakit. Ni tengah menahan sakit lah ni. Malas nak telan Ponstan, tak elok. So, tahan je lah. Huhu..
tidak sanggup hidup bermadu..hik3…
semoga cepat sembuh .. =)
200K pageviews? Adoi mana mau cari…
terima kasih. sakit yang amat, sampai tak boleh nak buat apa. sekarang much better, tapi kadang2 sakit juga. 🙁
Cikgu Iman dah memang dapat banyak hasil dari NN, memang tak perlu memadukannya. 😀
carilah di mana2..huhu..tulah kan. memang meletup lah syaratnya. 100k pun dah payah nak cekau.
ramai sangat yg apply kot. Diorang nak jaga kualiti, baru dapat advertiser yang besar2
memang sakit jiwa kalau nak lepas innity lepas ni. nasib dah terlepas awal-awal dulu.
fuh ni untuk blog yg gila mantap. blog bawahan mmg pyh la nk tempek innity
smoga cpt smbuh..sy mmg nk sgt apply innity n tp x pnh lepas