Popular merupakan salah satu kedai yang terlibat menerima baucar buku RM200.  Selain dari itu, Popular turut membuat tawaran lain. Pelajar-pelajar yang belanjan RM150 menggunanakan baucar buku 1 Malaysia pada 1 resit pembelian akan mendapat percuma kad keahlian Popular.

Kelebihan Kad Ahli Popular

Kelebihan paling utama dan yang paling aku suka ialah boleh dapat 10% diskaun untuk setiap item yang dibeli kecuali item yang ada promosi dan juga item yang nett price.

Kelebihan lainnya, kadang-kadang ada promosi harga khas untuk ahli Popular. Kalau masa promosi tu bukan ahli dapat potongan 10% je, ahli pula boleh dapat sehingga 20%.  Boleh jimat duit, kan.

baucar buku rm200 kedai yang terlibat

Kalau aku beli barang kat Popular ni, walaupun beli guna baucar pun, aku akan tunjukkan kad ahli. Aku memang pemegang kad ahli yang berwarna kuning (valid untuk 3 tahun). Malas nak renew setiap tahun. Leceh!. Lagipun murah sikit kalau ambil yang 3 tahun punya.

Dengan adanya kad ini, maka aku dapat beli barang dengan harga diskaun, walau 10% setiap item, tapi kalau dah banyak barang yang dibeli, maka banyaklah duit dapat dijimatkan. Memang balik modallah.

Tak tahu nak beli apa dengan baucar buku ni?. Di SINI ada beberapa cadangan.

>> MPH warehouse sale terima baucar buku 1 Malaysia <<

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook mengenai perkara ini dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!