CERITA KISAH INFO TERLARIS MASA KINI

5 Flares 5 Flares ×

header blog info terlaris masa kini

Kali ni aku nak cerita pasal satu blog yang memaparkan pelbagai info terlaris masa kini termasuk info artis, info semasa, info mengenai drama tv dan juga filem di panggung wayang berserta dengan link download dan tak ketinggalan juga info-info sukan.

Bukan setakat tu aje, blog ini juga kaya dengan tips dan tutorial blog termasuk juga tutorial untuk widget-widget di blog. Fakta yang bukan auta pun ada juga dalam blog ni. Pendek kata, ni memang blog info terlaris masa kini lah!

Sebelum cerita lebih banyak, jom kita berkenalan dengan insan disebalik tabir (penulis) blog ini.

Koz si empunya blog 

Nama sebenar koz/kozumi ialah Wan Md Hasrul dilahirkan pada January 1986, berasal dari Kuala Lumpur. Koz merupakan Animator 2D dalam bidang animasi (buat cerita kartun) di Sifumedia Animation, studio animasi yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Ni kat bawah ni ialah hasil contengan Koz menggunakan pen wacom dan sofware flash masa dia tengah takde mood nak buat kerja.

karakter kartun kozumiBolehkah ini dipanggil contengan?

 

Header/banner yang menarik

Bersandarkan hobi melukis dan membuat grafik design (tempahan design), header-header dan juga banner yang dihasilkan Koz semuanya menarik, cantik-cantik dan comel-comel belaka. Kalau tak percaya, tengoklah ni.

iklan banner

banner blog

header blog kartun budak nakal comel

header kartun komik budak nakal koz

No wonder lah kan, untuk seorang animator 2D berpengalaman selama 3 tahun seperti Koz ni sudah tentunya mempunyai kemahiran merekabentuk grafik yang mantap.   Koz juga menerima tempahan design untuk banner, header dan juga template blog. Kalau nak tengok header blog animasi hasil tangan Koz, boleh lah tengok blog Yanmieonline, blog Puanbee dan juga blog Zie Fauzie.

Tapi setakat yang  aku dah terjah ketiga-tiga blog ni tadi, hanya Zie Fauzie je yang masih guna header yang Koz design ni. Rasanyalah. Yanmie dan Puanbee dah tukar header. Tapi dulu, aku cukup berkenan dengan header Yanmie, sangat ceria siap ada budak-budak main jongkang-jongket.

Berminat nak tempah header/template/banner?. Bolehlah hubungi Koz.

 

Menjadi blogger terkenal

Menjadi seorang yang terkenal dalam dunia blogger adalah cita-cita Koz, sebab tu sekarang ni Koz masih lagi mencari ilmu blogging walaupun sudah 2 tahun berblog. Blog idola Koz ialah Kak Yan (Yanmieonline).

Tapi rasanya memang Koz dapat capai cita-cita tingginya ni. Buktinya tengok ni, punyalah ramai follower blognya, beribu-ribu manusia… :D

follower blog kozumiro

Banyak, kan?. Ada 4 ribu lebih. Follower blog aku baru 4 ratus lebih je. Huhu… Bagai langit dengan bumi. :D

Ini pula trafik masa Koz kurang aktif berblog.

 trafik blog budak nakal

Boleh tahan banyak, kan?. Memang berpotensi untuk meningkat lagi trafik blog ni. Kurang aktif blogwalking pun boleh dapat trafik beribu, tu maknanya blog ni mesra SEO. Nak tahu rahsia trafik budak nakal (Koz) ni, boleh lah belek-belek sitemap blog tu.

 

Akhir kata 

rindunya zaman sekolah - budak sekolah kartun

Koz rindu zaman sekolah. Aku pun rindu juga zaman sekolah dan zaman bergelar student. Sebab tu aku sambung belajar. Wahaha… :D

Giveaway Info Terlaris bersama Sponser AyeshaBizWorld dan  amirastudios.com

p/s: Akhirnya siap juga entri ni. Dah lama aku tahu pasal GA ni sejak mula-mula GA ni diumumkan. Tapi baru hari ni berkesempatan membelek blog info terlaris masa kini ni. Entri ni juga disiapkan dengan mata yang separuh terbuka. Huwaa…..aku ngantok sangat…..sangat mengantuk. Nak tidur lah lepas ni. :P

17 Comments

  1. lu memang rajin aa masuk contest dan getaway dan segmen. hoho..
    titan Entri terkini..Ya. Gua Tahu..My Profile

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Giveaway Budak Nakal "Info Terlaris Masakini!" | Budak Nakal - [...] Sya Isya ( CERITA KISAH INFO TERLARIS MASA KINI ) Penyertaan Tamat ( pada yang terlepas cuba lain kali okey) …

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

5 Flares Twitter 0 Facebook 5 Google+ 0 5 Flares ×
%d bloggers like this: