gambar pelamin akad nikah lisa surihani dan yusri abdul halim KRU

Lisa Surihani Mohamed telah selamat bernikah dengan Yusry Abdul Halim dengan sekali lafaz sahaja pada satu majlis pernikahan di Hotel Marriot Putrajaya bertemakan “Winter Garden” hasil sentuhan KS Entourage. Majlis ini diuruskan oleh DZMS Events. Lisa dan Yusri telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen.

gambar pelamin nikah yusri dan lisa surihani

Ibu Lisa Surihani - majlis perkahwinan Lisa dan Yusri

 Jom buat duit sambil bertwitter dan berfacebook.

Majlis pernikahan dimulakan dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama tepat jam 9:05 malam . Lisa Surihani mengenakan baju kurung moden berwarna “Off White” rekaan COSRY. Yusry pula kelihatan segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor dan sampingnya pula direka oleh Nuratikah Songket.

yusri dan lisa surihani bernikah

Lisa Surihani kahwin Yusri KRU

 

HANTARAN YUSRI 

9 dulang hantaran:  tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone.

Lisa dan Yusri bernikah

HANTARAN LISA SURIHANI 

7 dulang hantaran: Seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila.

Gambar kahwin lisa dan yusri

 

MAJLIS RESEPSI

Majlis resepsi akan diadakan pada hari Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

gambar lisa dan yusri berkahwin

DESTINASI BULAN MADU

Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi selesai diadakan.

SIARAN EKSLUSIF DOKUMENTARI PERNIKAHAN LISA DAN YUSRI DI ASTRO RIA

Astro Ria meraikan majlis perkahwinan Lisa Surihani dan Yusri dan mengadakan siaran ekslusif dokumentari perkahwinan mereka dalam 2 episod. Episod 1 akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam. Dalam episod ini akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri, kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.

Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, memaparkan upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.

>> KAD PERKAHWINAN LISA DAN YUSRI <<

p/s: Tahniah Yusri dan Lisa!. Moga bahagia sehingga ke akhir hayat. 😀

Sumber gambar: OhBulan, Rotikaya, BeautifulNara, TokoBaso, Ilustrasiaku

Bagi rakan-rakan anda yang lain di Facebook tengok gambar pernikahan Lisa dan Yusri ini dengan menekan butang share ini.