gambar farhan af4 bertunang

Farhan Azizan (Farhan AF 4) telah selamat bertunang dengan Ahmad Rashdan Shuhaimi, teman yang telah dikenalinya sejak 2006 setelah diperkenalkan oleh rakannya ketika majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-22.

Majlis pertunangan ini diadakan di The Flora, Ampwalk, Jln Ampang, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.30 petang semalam. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga rapat kedua-dua belah pihak.

Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran yang terdiri daripada kek cawan, buah anggur, bunga rampai, cincin pertunangan bersama wang pembuka hantaran, dan sirih junjung. Farhan pula membalas dengan  tujuh dulang hantaran termasuk dua naskah Al-Quran, sejadah, coklat, kek cawan, kek, buah-buahan dan sirih junjung.

farhan AF 4 bertunang

Menyingkap kisah percintaan mereka, Farhan dan Rashdan terpaksa menjalinkan percintaan jarak jauh selama tiga tahun kerana Rashdan menyambung pelajaran di United Kingdom.

Selepas Rashdan pulang ke Malaysia kira-kira empat bulan lalu, mereka telah mengambil keputusan untuk bertunang dahulu sebagai tanda perhubungan mereka ini memang serius.

gambar majlis pertunangan farhan AF 4

Majlis perkahwinan akan diadakan setahun lagi untuk memberi masa untuk masing-masing mengukuhkan karier. Lagipun, Rashdan baru sahaja memulakan tugasnya sebagai Pengurus Akaun.

Farhan terpikat dengan Rashdan yang sangat memahami walaupun berpemikiran agak konservatif. Farhan juga yakin, lelaki yang berfikiran begini boleh membimbingnya ke arah yang lebih baik.

Tahniah, Farhan. Semoga hubungan yang dibina kekal abadi 😀

gambar tunang farhan rashdan suhaimi

Gambar tunang Farhan, Rashdan Suhaimi

Sumber: Gua, myartis

Kongsi gambar Farhan AF 4 bertunang ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!