novel sayangku casper mazni aznita

Setelah selesai membaca novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni, aku baca novel Sayangku Casper pula. Novel karya Mazni Aznita yang juga merupakan penulis novel Kasihku Arina benar-benar menarik perhatianku untuk membacanya.

Novel Sayangku Casper ni menduduki ranking ke-2 dalam senarai top 10 novel terbitan Buku Prima. Novel ni mula diterbitkan bulan September 2011. Sehingga Januari 2012, sudah 3 kali novel ini dicetak. Ilustrasi kulit novel pun menarik. Dah baca novel ni baru tahu, simbolik yang  cuba digambarkan dalam ilustrasi kulit novel ni.

Kalau terus review je, nanti korang blur pula kan. So baca sinospsis novel Sayangku Casper ni dulu lah, ya.

Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.

– – – – – – –

Zaman moden macam ni pakai prepaid lagi ke? Miskin betul!. Tinggal seringgit pula tu. Nak buat calling macam mana ni?. ~ Tengku Rafique.

Tia Adilia terpanar. Panas hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. Ingat aku ni sengkek sangat ke?. Tolong sikit, ya!. Kalau semua penculik-penculik di Kuala Lumpur kenal siapa ayah aku, berderet-deret mereka semua nak menculik aku untuk menuntut tebusan. Masa tu baru kau tahu. ~ Tia Adilia.

REVIEW NOVEL SAYANGKU CASPER

Rasanya ni lah novel yang paling cepat aku baca iaitu aku terus baca novel ni sebaik sahaja aku membelinya dan aku berjaya khatamkan novel ni dalam tempoh masa 2 hari sahaja. Hehe…

Mula-mula aku ingatkan nak baca sikit-sikit je. Siap pasang angan-angan untuk baca novel ni untuk percutian di Pangkor hujung minggu ini. Tapi dek kerana tertarik dengan cerita ni, dan nak tahu siapakah Tia Adilia yang sebenarnya, aku teruskan pembacaan secara marathon.

Cerita disampaikan dengan gaya yang sempoi dan juga ada unsur-unsur humour yang menyebabkan aku tergelak membacanya. Senang cakap, memang best lah. Santai je membacanya.

Tengku Rafique terbang dari Paris ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu grannynya hanya berpandukan sekeping gambar budak perempuan 17 tahun yang lalu. Cari punya cari, last-last satu software yang dicipta oleh kawan Tia detect wajah budak perempuan itu 97% mempunyai persamaan dengan wajah Tia.

BACA JUGA :  NOVEL QUARTET SAIDATUL SAFFAA (SINOPSIS DAN REVIEW)

Dari sini bermula persoalannya. Adakah Tia Adilia adalah Adilie yang dicari-cari Tengku Rafique?. Tapi Tia kata Adilie telah meninggal dunia. Memang betul ke dah meninggal?. Itu antara perkara yang menjadi tanda tanya.

Dalam cerita ni juga, ketika di Paris, Tengku Rafique meminta pertolongan Tia untuk menyamar menjadi Adilie demi menyelamatkan nyawa grannynya yang jatuh sakit apabila mendapat berita kematian Adilie dari pegawai penyiasat yang diupahnya.

Dengan berat hati Tia bersetuju. Dia tiada tempat lain untuk pergi kerana bagasinya lesap dibawa lari oleh pemandu teksi ketika di lapangan terbang. Walhal Rafique sebenarnya telah menemui bagasi Tia, tapi saja je dia sorokkan, supaya Tia tak boleh lari dan sudi menolongnya.

Jalan cerita ada macam drama korea My Girl sikit-sikit. Tapi novel ni berlatar belakangkan Paris dan juga telah diolah ceritanya mengikut kreativiti novelisnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi bab rancangan ayah Tia untuk menggunakan Tia bagi melunaskan dendam yang dipendamnya selama 17 tahun terhadap Madam Marianne.

Bagi aku penulis berjaya juga menggambarkan suasana Paris walaupun penulis tidak menjejakkan kaki di sana. Malah, sewaktu Tengku Rafique membawa Tia menaiki bot menyelusuri Sungai Seine untuk melihat Paris dan Eiffel Tower yang terletak bersebelahan dengan Sungai Seine, aku rasa best sangat. Mestilah best kan. Sedangkan menaiki cruise di Sungai Melaka pun dah best, inikan pula tengok Paris. Teringin juga aku nak tengok Eiffel Tower dengan mata kepala sendiri. Tapi macam agak mustahil je untuk aku ke sana. Hehe…

Apapun, secara keseluruhannya, novel ni best!. Kalau tak best aku memang tak marathon. Thumbs up kepada penulisnya, Mazni Aznita.

p/s: Erm… rasanya lepas ni aku baca novel Quartet pula kot. Novel Gelak Tergolek aku ada beli juga. Tapi nantilah, novel Gelak Tergolek aku plan nak baca time aku dah start tulis thesis atau tulis journal nanti kot. 😀

Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.

error: Content is protected !!