PELAKON DAN SINOPSIS APA CELOP SLOT AKSI TV3

2 Flares 2 Flares ×

Apa Celop pula menyusul. Akhirnya drama Nilapura dah habis. Ramai yang rasa lega drama epik cinta ni dah berakhir. Aku tahu ramai yang tak layan drama Nilapura ni. Tak kena dengan jiwa katanya.

Aku ni nak kata layan, tak layan, nak kata tak layan, layan. Haha…Tapi awat ending Nilapura ni sedih. Heroin kena pancung wooo… Hero lambat sedar, dia dah terlambat untuk selamatkan heroin. Hero masa tu buta mata, buta hati. Akhirnya heroin terkorban, hero sendiri yang jatuhkan hukuman pancung tu. Tapi dia tak sempat nak tarik balik hukuman tu. Kena pancung sudah…

Promosi tiket penerbangan MAS mulai 10 – 17 Feb 2012.

Selepas episod akhir Nilapura, drama Ape Celop sebanyak 13 episod pula akan mula ditayangkan pada 20 Februari 2012, di Slot Aksi TV3, setiap hari Isnin jam 9 malam. Untuk menghidupkan lagi drama ni, khidmat mat rempit digunakan. Wan Sharmila pula sanggup korbankan rambutnya yang panjang sejak 5 atau 6 tahun lalu untuk drama ini.

pelakon dan sinopsis apa celop drama tv3 slot aksi PELAKON DAN SINOPSIS APA CELOP SLOT AKSI TV3

Volkwagen offer!

PELAKON APA CELOP

Kamal Adli (Aman)

 Taiyuddin Bakar (Sawi)

Amanda Misbun (Julia)

Ika Nabella (Munirah)

Azad Jasmin Mako

Wan Sharmila (Marsha )

 Shenthy Feliziana (Sofia)

Zed Zaidi (Zahid)

Jawab dan menang Acer ASpire One Happy!

SINOPSIS APA CELOP

Mengisahkan tentang Aman dan Sawi bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia dan Munirah. Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu.

Aman telah berlumba dengan Mako, seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah.

Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.

Ciri-ciri MPV terbaru : Proton Exora Bold!

Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia.

Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

DOWNLOAD APA CELOP

Sumber sinopsis: Encik Nakal

Beritahu rakan anda yang lain di Facebook tentang drama Apa Celop ini dengan menekan butang share ini.

5 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge