Episod akhir Vanila Coklat. Peminat-peminat drama Vanila Coklat ramailah yang sedih sebab drama ni dah pun habis malam ni. Masa aku makan kat kafe tadi pun, makcik yang berniaga kat situ pun nak tengok drama ni. Dia kata dia tak follow, tapi sebab episod akhir, dia nak tengok lah.

Aku pula memang follow cerita ni. Aku tahu memang ada orang yang tak layan drama-drama Melayu, tapi aku memang suka layan drama-drama Melayu. Dalam drama Vanila Coklat ni aku suka tengok kerenah Zara dan Amir. Tapi bukan ragam hero dan heroin ni je yang aku suka tengok, aku suka juga tengok gelagat ibu bapa Zara dan Amir. Hehe…Kadang-kadang aku lagi gelak tengok gelagat mereka berbanding watak utama. Ok per, kadang-kadang ada juga mak bapa yang perangai kebudak-budakan mengalahkan anak-anak. Tapi pasal suruh anak bercerai tu memang tak baguslah. Ada pula anak-anak sayang-menyayangi antara satu sama lain, tapi disuruhnya bercerai. Ini memang tah apa-apa.

Okey, cerita pasal episod akhir Vanila Coklat, Zara yang kehilangan selera makan sejak dikurung bapanya, berterusan tak nak makan walaupun mama dia nak suapkan. Tapi, bila Amir datang kerumahnya, huish, berselera sungguh dia makan sebab Amir suapkan. 😀 Haha..ni kira mama si Zara ni seludup Amir masuk ke rumahlah masa bapa Zara di tempat kerja.

Tapi satu hari tu, Amir kantoi dengan bapa Zara. So, bapa Zara dah tahu Amir masuk ke rumah. Tapi dia tak marah lah kan, sebab dia pun dah tahu pasal rancangan jahat si Liyana dan Kamal. Kamal pun dah kena marah, dan dia sangka Liyana yang beritahu bapa Zara dan tak mahu bekerjasama dengan Liyana lagi.

Masa Zara jumpa bapa Amir, dia tiba-tiba pengsan. Suspen juga masa tu. Zara masuk hospital, Amir salahkan bapa dia. Dituduhnya bapa dia selfish. Ketiak Amir, ibu Zara dan mama Amir masuk melawat Zara, bapa Zara dan bapa Amir berdamai. Masa ni lah diorang terkenang-kenang kisah zaman mereka budak-budak. Ye lah kan, kawan baik sejak kecil.

Tapi yang tak sangkanya, rupa-rupanya Zara tak mengandung. Dia muntah-muntah sebab gastrik dia dah tahap teruk sebab dia selalu tak makan. Kah kah kah.. tak mengandung rupanya. 😀

Si Liyana tu pula, dicemuh oleh kawan-kawannya sendiri. Semua orang dah tak nak kawan dengan dia lagi. Ending cerita Vanila Coklat, mestilah happy ending kan. Zara dan Amir rasa bahagia bersama.

p/s: Drama BFF pun episod akhir juga malam ni. BFF pun aku layan juga. Ehehe…saja je mengisi waktu malam aku. Sambil-sambil tekan papan kekunci laptop ni. Jeling tv sekejap-sekejap je.

error: Content is protected !!