Petang semalam sekitar jam 4.15 petang, Irma Hasmie bertunang dengan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31 seorang ahli perniagaan. Majlis pertunangan Irma Hasmie dan Reza ini berlangsung di rumah Irma yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh. Ibu Reza, Datin Azizah Osman menyarungkan cincin ke jari manis Irma Hasmie. Irma kelihatan cantik dan manis mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat.
Hantaran pertunangan Irma Hasmie (7 dulang):
Sebentuk cincin berlian, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah, persalinan dan set mandian.
Hantaran pertunangan Reza Syah Azmeer (9 dulang):
Set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.
Tarikh perkahwinan Irma Hasmie
Irma dan pasangannya Reza dijangka akan bernikah pada 1 Julai 2012.
Tahniah kepada Irma Hasmie dan Reza. Semoga kekal bahagia selamanya.
Sumber maklumat dan gambar dari murai.com. Gambar tunang Irma Hasmie dari isuhangat. Gambar baju Irma Hasmie bertunang dari FB D’Haja (penaja hijab) melalui kakyong.
Kongsi gambar Irma Hasmie bertunang ini dengan rakan-rakan anda di FB dengan menekan butang share ini.
tahniah buat beliau, buat syaisya blog kamu ni kali ni nmpk lebih segar dan hidup, hehe
terima kasih, Juan. Baru tukar theme. Tak habis customize pun lagi ni. 😀
eloklah tu. cepat-cepatlah kahwin plakk..
moga2 majlis kahwin nanti berjalan lancar…
masuk blog ni sekejap ja loading
sekejap eh loading. Alhamdulillah 😀 After tukar hosting dan theme, dapat juga feedback dari beberapa blogger loading laju. hehe
loading kejap ke?mcm lama jugak je