Oh, mood bengang pagi-pagi ni.

Malam tadi aku tidur pukul 3.30 pagi. Sebelum tidur, set alarm kat dua-dua handset, takut tak terbangun punya pasal. Lagipun setiap Rabu aku ada kelas dari 9 pagi hingga 12 tengahari.

Berjaya bangun jam 6.30 pagi sebab telinga rasa bingit dengar bunyi alarm handset aku. huhu… Mata ni, tak usah cakap lah, alahai…ngantuknya. Rasa macam nak tidur je lagi. Tapi kena bangun juga le.

Walaupun mengantuk. tapi hidup mesti diteruskan. Rasa macam nak ponteng je, tapi tak boleh lah pula, sebab ada markah kedatangan. Boleh ponteng 2 kali je kalau tak silap. Aku dah plan mungkin bulan depan nak ponteng 1 hari sebab nak hadiri 1 kursus ni. So yang ni aku tak boleh ponteng sesuka hati. Stand by kot ada emergency nanti.

Semalam A bagitau aku, B tak dapat datang hari ni. Ada hal. Tadi masa aku tengah siap-siap nak ke kelas, A mesej aku. Suami dia sakit, dia hantar ke klinik. So tak dapat datang juga. Alahai, kalau dua-dua kawan aku tak datang, jawabnya aku sorang-sorang je lah nanti. Aku pun nak ponteng juga! Huhu….

Tapi memandangkan yang aku dah pun siap, so perjalanan hidup masih kuteruskan. Beriya lah datang ke kelas walaupun mata macam tak boleh nak buka je ni. Sampai-sampai je kat depan pintu kelas, sorang budak laki ni cakap kat aku “Kelas batal, minggu depan pun batal”.

Huh, bengang je aku rasa. Tau dari tadi aku ikut kata hati je. Sambung tidur dari tadi lagi bagus. Grrr… bengang betul. Selamat 2 orang geng aku yang memang tak dapat datang kelas minggu ni. Dush!.

Ok, aku nak sambung tidur. Ngantuk. Bangun tidur nanti baru aku baca journal. Mengikut perancangan aku malam tadi, hari ni aku kena design 5 muncung injap. Esok supplier nak datang. So, aku plan nak bagi lakaran injap tu pada supplier esok.

Dah, nak tidur. Zzzz…. Selamat malam semua. 😛

error: Content is protected !!