Sebelum ni aku memang tak follow perlawanan hoki pasukan Malaysia kelayakan Olimpik 2012 di Dublin. Tapi balik kampung hari tu, emak aku tanya pasal keputusan hoki ni. Mak aku suruh cari maklumat. Dah agak lama aku tak buat entri sukan di blog ni kecuali entri tentang perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012. Tetapi asyik mengecewakan je, akhirnya skuad Malaysia berada di tangga tercorot dalam kumpulan C setelah tewas dalam semua perlawanan.

Harapan untuk ke Olimpik mula dipertaruhkan kepada skuad hoki kebangsaan pula setelah Malaysia menang 3 perlawanan pertama:

Malaysia vs Chile : 5 – 1

Malaysia vs Rusia : 6 – 2

Malaysia vs Ukraine : 5 – 1

Penuh semangat aku cari keputusan Malaysia vs Korea yang berlangsung semalam. Tak sampai hati pula nak mengecewakan visitor-visitor yang datang ke blog ini mencari keputusan perlawan ni. Dengan harapan yang tinggi menggunung untuk melihat kemenangan Malaysia pada perlawanan kali ini, cari punya cari akhirnya ini yang aku jumpa:

Malaysia vs Korea : 2 – 3

Aduh, lemah terus rasa badan ni. Kalah lah pula. Hik hik. ­čÖü

Dengan kekalahan yang baru dihadapi ini, Kedudukan Terkini Hoki Kelayakan Olimpik 2012 untuk kumpulan ke-2 jadi seperti ini:

kedudukan terkini hoki Malaysia kelayakan olimpik 2012 dublin

Kedudukan terkini hoki kelayakan olimpik 2012 Dublin

Kedudukan terkini Malaysia berada di tangga kedua di bawah Korea dengan 9 mata. Huhu… Untuk perlawan terakhir, Malaysia akan bertemu dengan Ireland pula.

Jadual Perlawanan Hoki Malaysia vs Ireland Kelayakan Olimpik 2012:

 Malaysia vs Ireland:

Tarikh: 17 March 2012
Masa: 11 malam

Harap Malaysia boleh menang dalam perlawanan terakhir menentang Ireland nanti.

>> Klik link ini untuk KEPUTUSAN MALAYSIA VS IRELAND <<

Kongsi keputusan hoki Malaysia vs Korea Kelayakan Olimpik 2012 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!