pelakon dan sinopsis mahabbah slot samarinda tv3

Mahabbah Slot Samarinda tv3

 

Drama Mahabbah ganti Pelangi Kasih akan mula ditayangkan bermula 27 Mac 2012, setiap Selasa dan Rabu.  Drama Mahabbah ini adalah arahan Jamal Khan manakala penerbitnya ialah Asia Media Content 09 (penerbit Vanila Coklat dan Nora Elena juga).

 

PELAKON MAHABBAH

Nur Fathia

Azlee Khairi

Dato Jalaluddin Hasan

 Aida Aris

Fazlina Ahmad Daud

Aiman Hakim Redza

 

SINOPSIS MAHABBAH

Drama Mahabbah mengisahkan seorang gadis (lakonan Nur Fathia) yang bekerja di sebuah butik, telah jatuh cinta dengan seorang pemuda (lakonan Azlee Khairi). Namun percintaan mereka telah dihalang oleh keluarga Azlee yang mempunyai syarikat perniagaan terkenal.

Walaupun mendapat tentangan dari keluarga, perhubungan mereka berakhir juga dengan perkahwinan sehingga mereka mendapat seorang cahaya mata. Persoalannya, adakah perkahwinan mereka akan berkekalan? Atau Azlee meninggalkan Nur Fathia kerana mengikut kata-kata ibu bapanya?.

Drama Mahabbah ini dijangkakan menjadi drama terhebat tv3 tahun ni. Dalam cerita ni ada Aiman (Amir Vanila Coklat) dan juga Fazlina (Auntie Anne Vanila Coklat). Peminat-peminat Vanila Coklat pun  ramai yang dah tak sabar nak tengok drama Mahabbah ni. Harap-harap drama ni best lah ya, sekurang-kurangnya ada juga cerita yang aku nak tengok di malam hari sambil siapkan assignment dan blogging. Hehe.. 😀

p/s: Makna Mahabbah ialah kasih sayang.

Sinopsis dari cthoney.

Kongsi pelakon dan sinopsis drama Mahabbah ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!