PERMOHONAN KPLSPM 2012 | SEMAKAN KEPUTUSAN & TEMUDUGA AMBILAN JUN 2012

280 Flares 280 Flares ×

Permohonan kursus perguruan lepasan SPM Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (PISMP) ambilan Jun 2012

permohonan kplspm 2012 semakan keputusan dan temuduga

Dapatkan panduan kerjaya seorang guru di >> SINI <<

Permohonan KPLSPM 2012 ambilan Jun dibuka mulai 22 Mac hingga 5 April 2012. Program yang ditawarkan ini adalah sepenuh masa.

Nak bercuti ke Italy dengan percuma?. Klik kalau nak!

Minyak yang membersihkan enjin kereta 3x lebih bersih 

Syarat dan kelayakan asas KPLSPM 2012

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012

3. Sihat fizikal dan mental

4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum

5. Mendapat cemerlang dalam mana-mana 3 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran berikut: BM, Sejarah dan 1 mata pelajaran yang lain dalam SPM. Calon juga wajib lulus BI.

6. Memenuhi syarat dan kelayakan kursus bidang pengajian yang dipohon (rujuk e-panduan permohonan).

Wow! Rumah atas pokok tertinggi 10 tingkat! Tengok kat SINI.

Cara permohonan KPLSPM secara online

1. Permohonan KPLSPM hanya boleh dilakukan secara online. Layari Aplikasi permohonan Program Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia (http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/pilihan.cfm) mulai 22 Mac 2012 untuk membuat permohonan.

2. Permohonan atas talian (online) boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 22 Mac 2012.

3. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

Maklumat lanjut mengenai permohonan KPLSPM 2012 boleh didapati di laman aplikasi tersebut.

>> Gambar Abby Abadi Bertudung   <<

Semakan temuduga KPLSPM 2012 ambilan Jun

Semakan temuduga boleh dibuat pada 30 April 2012 di laman aplikasi yang sama ketika membuat permohonan (http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/login_semak.cfm).

Tarikh Temuduga dan Ujian Insak KPLSPM Ambilan Jun 2012

Temuduga dan ujian Insak KPLSPM akan diadakan pada 7-18 Mei 2012.

Semakan keputusan permohonan KPLSPM 2012 ambilan Jun

Keputusan permohonan KPLSPM 2012 ambilan Jun akan diumumkan pada 5 Jun 2012. Pendaftaran pelajar baru pula pada 18 Jun 2012.

Maklumat mengenai KPLSPM ini akan diupdate dari masa ke masa. Untuk mendapatkan update terkini dari blog ini, sila like FB page syaisya.com ini. Pengumuman update dari entri ini akan dilakukan di FB page tersebut.

Sebarang pertanyaan, bolehlah dibuat melalui laman web aplikasi permohonan seperti yang dinyatakan di atas. Semoga berjaya kepada semua pemohon program perguruan lepasan SPM ini 😀

Peluang Kerjaya Selepas SPM

>> Untuk mereka yang baru dapat result SPM 2011 <<

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di FB mengenai permohonan KPLSPM ini dengan menekan butang share ini.

21 Comments

  1. nice info! nak copyyy~ boley xxxxx
    sjiehan Entri terkini..Sejarah DucatiMy Profile

    Reply
  2. syarat kedua lak yg x lepas..hehe
    Jebeng Otai™ Entri terkini..Project 365My Profile

    Reply
  3. ada apa-apa permohonan lain??? aku minat kerja yg cuti banyak..

    Reply
    • jika no,pin hilang…agak2bley x cek keputusannya…no.pinnye digunakan lagi x?? tp,sy dah hantar permohonan n dah dapat pon no.rujukannya…. risau ni….;(

      Reply
      • untuk semak keputusan permohonan perlu masukkan no ic dan juga no pin. Sila tanya pihak kementerian pelajaran malaysia mengenai masalah Az. No tel boleh didapati di laman web yang sama ketika buat permohonan.

        Reply
  4. xsbr tunggu kputusan kplspm sesi 2012…

    Reply
    • sama la..:)

      Reply
      • jika no.pin permohonan hilang agak2 boleh x cek keputusannya??no.pin tu diguna kan lagi x..??tp,permohonan saya sudah dihntar n da dapt no.rujukannya…camne ek…

        Reply
  5. bilakah semakan keputusan permohonan KPLSPM 2012 dapat dibuat penyemakkannya????saya nak buat semakan samada saya dapat temuduga atau tidak……

    Reply
    • 30 April dah boleh start semak

      Reply
  6. knpa lama sgt semakan keputusan kplspm??tahun lepas awal….

    Reply
  7. kalau dah memohon penguruan .mcm mne nak check keputusan permohon ,sama dew kite dapat kew tk ????? pening ny nk cri .. mx tlg bole

    Reply
  8. kalau dah memohon penguruan .mcm mne nak check keputusan permohon ,sama dew kite dapat kew tk ????? pening ny nk cri .. mx tlg bole

    Reply
  9. apa link untuk semak kputusan kplspm ni? dari smlam tak dapat semak!

    Reply
  10. asalamualaikum….semak kplspm…..masih xda jawapan lah…????

    Reply
  11. semakan rayuan kplspm ade ker??

    Reply
  12. Boleh x nk msk tp result spm cam ni?
    Bm=a-
    bi=d
    Sc=a
    Ekonomi=a-
    Perdagangan=b+
    agama islam=b
    sejarah=a-
    Maths=b

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

280 Flares Twitter 8 Facebook 267 Google+ 5 280 Flares ×
%d bloggers like this: