Gambar Ultrabook Toshiba Portege Z830 i5 dan i7

Ultrabook Toshiba Portege Z830. Nipis dan ringan

Ultrabook Toshiba Portege Z830. Kali pertama aku dengar perkataan ultrabook ini ketika aku terbaca  entri di blog  Denaihati ni, di mana blog Denaihati telah dijemput ke majlis penerangan gadget terbaru dalam pasaran ni, anjuran bersama Intel Electronics Malaysia, Toshiba dan Media Contacts di pejabat Intel Electronics Malaysia. Kalau notebook, laptop, desktop aku biasa dengar. Maklumlah, aku ni bukannya gadget maniac.

Apa itu ultrabook?

Kali pertama dengar perkataan Ultrabook masa tu, dan tertanya-tanya juga ‘ultrabook tu apa?’. Difikiranku terbayang yang ultrabook ni sama dengan notebook kot. Tapi akhirnya aku temui jawapan mengenai ultrabook ini di akhir entri tersebut, di mana ultrabook diklasifikisan dengan beberapa ciri seperti instant on (load dalam 2 saat dari sleep), instant connect (sambung internet laju), nipis, processor generasi kedua, bateri tahan lama dan lain2 seperti yang dijelaskan oleh Faiz Mohamad Nor.

Ciri-ciri menarik Ultrabook Toshiba Portege Z830

Toshiba bukanlah syarikat pertama yang mengeluarkan ultrabook. Tapi, setakat ini, Toshiba Protege Z830 adalah ultrabook 13.3″ yang paling ringan dan nipis (15.9 mm sahaja). Ia diperbuat daripada aloi magnesium, menyebabkan ia ringan (1.12kg). Best ni, ringan dan nipis. So nanti takde lah berat je rasa bahu ni memikul sebab aku prefer guna back pack. 😀

Bukan sahaja ringan dan nipis, malah Toshiba telah mendakwa bahawa Toshiba Protege Z830 juga boleh tahan tekanan sehingga 100 kg. Maksudnya di sini, jika ada orang yang terduduk di atas ultrabook ini, ia takkan terbelah dua. Tapi kalau berat orang tu lebih dari 100 kg, terbelah dua juga lah kot. Hehe 😀

Papan kekunci Ultrabook Toshiba Portege Z830 ni kalis air. Baterinya 8-sel Li-Ion. Biasanya hanya 4/6 sel bateri sahaja untuk ultrabook keluaran syarikat lain. Dengan menggunakan 8-sel Li-ion bateri, ini bermakna bateri ini boleh tahan sehingga lebih dari 8 jam.

Protege Z830 dilengkapi dengan semua port yang diperlukan seperti Ethernet (LAN), HDMI, VGA (penting untuk projector) dan juga card reader. Untuk mereka yang selalu membuat presentation, memang sesuai guna Protege Z830 ini.

ciri-ciri spesifikasi Toshiba Ultrabook Portege Z830 di Malaysia

Ciri-ciri (spesifikasi) Toshiba Ultrabook Portege Z830

Antara spesifikasi Toshiba Protege Z830 Ultrabook :-

  • 13.3” WXGA HD LED Backlight TFT display
  • Intel Core i5 or i7 Processor
  • 6GB DDR3 RAM
  • 128GB SSD
  • 2 X USB 2.0, 1 X USB 3.0 (Sleep and Charge), RGB, HDMI, SD Card reader, Ethernet LAN port, Kensington lock
  • Multi-touch trackpad with physical click button.
Tapi, aku rasa agak sedikit terkilan ketika terbaca komen di blog yogaretnam bahawa Portege Z830 di pasaran Malaysia ini tidak didatangkan dengan  backlit keyboard. Huhu…rasa terkilan sedikit sebab kalau ada backlit keyboard kan bagus. Boleh buat kerja dalam gelap. Takdelah nak taip pun meraba-raba. Ya tak?. Bukan apa, kadang-kadang duduk lama-lama dalam kereta pun terasa boring, kalau boleh buat kerja dan menaip pun bagus juga. Boleh layan blog, update entri, blogwalking… hehe 😀
Ok, jom layan video review Toshiba Protege Z830 ni.

Harga Toshiba Protege Z830:

Toshiba Protege Z830 model Core i5 = RM 3,999

Toshiba Protege Z830 model Core i7 = at RM 4,799

Kedua-dua model didatangkan dengan 128GB SSD.

Pergh, harga dia. Boleh dapat 2 biji laptop Dell yang aku guna sekarang ni. Tak mampu lah aku nak memiliki. Tapi kalau dapat percuma, menang dari contest projek review Ultrabook Toshiba ni, memang best lah. Buat entri ni membuatkan aku mengidamkan ultrabook ni pula. Hik hik.

Tapi tak mustahil untuk aku dapatkan ultrabook ni. Anda para pembaca review ini  boleh tolong aku dapatkan ultrabook ini dengan meninggalkan komen,FBlike, Retweet, Linkedin dan Google + 1. Sokongan dari anda pembaca sekalian amat dihargai. 😀

p/s: Artikel ini dihasilkan khas untuk “Projek Review Ultrabook Toshiba anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Toshiba & Intel MalaysiaEizil.comAnarm.neteQurban.comAlansarproperties.comKedai Kak Siti,azri.my dan Jerungperkasa.com

Kredit foto: gizmocrave, pctoshibaasia, Syefri Zulkefli

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook mengenai ciri-ciri menarik Ultrabook Toshiba Portege Z830 ini dengan menekan butang share ini. Mungkin rakan-rakan anda berminat nak membeli.