kongsi ilmu blogging

 

Sebenarnya aku buka dashboard ni nak buat entri contest Remaja dan Cinta, tapi tiba-tiba terpandang satu tajuk entri kat draft ni, Segmen: Kongsi Ilmu Blogging yang due date nya hari ni. So, ketepikan sekejap entri contest tu, buat entri ni dulu sebab contest tu due date 31 Mac. Ada lagi 3 hari untuk siapkan entri tu. Hehe…

Ok, apa ya, ilmu blogging yang aku nak kongsikan. Aku jarang juga bercerita pasal hal ehwal blogging dalam blog ni. Dulu tu adalah, kadang-kadang. Ada je kat dalam entri kategori Dunia Blogging. Entri-entri kat dalam kategori ni semua pasal blogging lah. Tapi nak kata ada ilmu blogging kat situ..ermmm… tahlah, entri-entri tu lebih kepada pengalaman aku berblog.

Apapun, aku rasa, berkongsi ilmu blogging  ni memang bagus. Sharing is caring, kan. Dah dua tahun 3 bulan aku berblogging ni, banyak yang aku dah dapat. Dapat kawan, dapat isi masa lapang, dapat macam-macam hadiah sebab menang contest, dapat tahu macam-macam benda termasuk yang isu-isu yang terhangat di pasaran Malaysia, dapat travel percuma, dapat duit.. hehe :D. Macam-macam kan, dapat dari blogging ni. Tapi, dalam macam-macam yang aku dapat ni, paling banyak yang aku dapat ialah ilmu. Ni sudah semestinya. Dan ilmulah yang paling berharga sekali. 😀 Setuju?.

So, apa ilmu blogging yang aku nak kongsikan?. Ermmm… takde idea ni, huhu… Ermm… bagi aku, aku sekadar berblog untuk suka-suka. Tak terlalu serius tapi tak terlalu main-main juga. Pertengahan lah. Kadang datang angin rajin, terlebih rajin berblog. Kadang bila tiba bakteria M terlebih, memang malas lah nak layan blog.

Bagi aku, berblog ni perlu ada minat yang mendalam, tahap kesabaran yang tinggi dan juga keazaman untuk mendalami ilmu berblog, terutama sekali tip blogging dan juga tip SEO. Ni dua perkara ni memang penting, bagi memastikan entri yang kita taip ni, ada orang baca. 😀

Etika berblogging juga perlulah dipatuhi. Yang ni rasanya ramai je yang langgar. Bila ditegur, jawapan ni lah yang paling glamour “suka hati aku lah aku nak buat apa. blog aku”. Hehe.. ok, aku memang takdenya nak tegur-tegur orang sangat ni. Kadang-kadang kalau rasa rimas atau geram tu dengan segelintir blogging, paling-paling pun aku mengomel je sorang-sorang. Malas nak buat entri pasal tak puas hati ke apa. Ada sekali je lah aku keluarkan status kat FB pasal 1 kes ni. Tapi takdelah kes besar sangat. Ala… perkara normal lah ni semua dalam dunia blogging.

Bila aku rasa annoying kat seseorang blogger tu, selalu je aku fikir balik, kot ada blogger lain yang rasa aku ni annoying. Huhuhu…

BACA JUGA :  SEGMEN AKU ADA BLOG

Ok lah, sekian sahaja. Nak pi cafe cari makanan. Lapar sudah. Tadi lunch aku malas nak makan. So ni dinner kena awal lah. Lapar.. huhu…

Tag:

Faiz (tuudia.com)

Syu 90 (snowygirl-syuhada.blogspot.com)

Wan Widget (wanwidget.com)

Klik SINI untuk join.

Err.. tarikh tutup dia hari ni ( 28.3.2012). So kalau sempat, korang join lah ya. 😀

error: Content is protected !!