kedai buku yang terima baucer buku 1 Malaysia

baucer buku 1 Malaysia

Tempoh sah laku Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) dilanjutkan sehingga 30 April ini. Itulah yang aku dengar di Buletin Utama tv3 pukul 8 malam tadi.  Tarikh awal tempoh sah laku untuk menebus baucer buku sebelum ini ialah 31 Mac ini.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tempoh tebus baucer buku ini dilanjutkan untuk memberi peluang kepada pelajar pengambilan kedua IPTA yang baru sahaja berdaftar awal tahun ini.

Tarikh lanjutan ini juga dapat bagi kesempatan kepada pelajar-pelajar yang masih belum menggunakan baucer buku ini di mana-mana kedai yang menerima baucer buku 1 Malaysia. Bagi yang masih belum habis gunakan baucer buku ni, kat sini ada senarai kedai buku yang terima baucer buku 1 Malaysia untuk rujukan bersama. Ada lagi kedai-kedai lain yang terima, tapi kedai tu spesifik kat kawasan tertentu je. Bagi yang tiada idea nak beli apa, boleh rujuk SINI untuk cadangan apa yang boleh dibeli dengan baucer buku ni.

p/s: Haha..dah habis dah pun aku guna baucer buku ni. Last sekali aku beli pendrive. Hehe… ingatkan nak beli external hard disk guna baucar ni, tapi tak jumpa lah pula kedai yang terima baucer buku ni yang jual hard disk. Huhu…

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di FB mengenai tarikh akhir tebus Baucer Buku 1Malaysia dilanjutkan ini dengan menekan butang share.

error: Content is protected !!