GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI (MAJLIS PERNIKAHAN)

by syaisya on April 28, 2012

Fasha Sandha dan Jejai kahwin. Alhamdulillah, Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) telah selamat bernikah tepat jam 9.45 malam semalam dengan 2 kali lafaz. Majlis pernikahan Fasha Sandha dan Jejai telah diadakan di tingkat 30, Windows on KL, Crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 300 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga, selebriti dan para media.

gambar pelamin nikah Fasha Sandha dan Jejai

Penyampai radio Suria FM ditugaskan sebagai pengacara majlis untuk majlis akad nikah ini.

Anjing paling kecil di dunia

Fasha Sandha mengenakan baju kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini dan dimekap oleh jurumekap terkenal, Saidatulnisa.

baju nikah Fasha Sandha

Pihak lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas 9 dulang hantaran oleh Fasha Sandha.

Antara rakan artis yang hadir ke majlis pernikahan Fasha dan Jejai ini ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.
Majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai akan berlangsung di Bali dan akan dihadiri oleh 100 jemputan khas.
gambar fasha sandha dan jejai kahwin

Fasha Sanda nikah

Tahniah Fasha dan Jejai. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Lebih banyak gambar akan diupload kemudian. Dah tengok gambar Volkswagen Polo Sedan?

Tekan share untuk berkongsi gambar kahwin Fasha Sandha dan Jejai ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB. Like FB page syaisya.com untuk update-update akan datang.
Sumber: Budiey.com

{ 9 comments… read them below or add one }

Jebeng Otai™ April 29, 2012 at 7:26 pm

tahniah buat fasha..

Reply

Ronaldmohoni April 30, 2012 at 3:56 pm

beruntung sungguh jejai, terbaik dari ladang.

Reply

sadiq April 30, 2012 at 5:59 pm

fuhh..dah kahwin dah depa..untung la..=)

Reply

titan May 1, 2012 at 4:53 pm

kahwin gak dia ye..

Reply

tehr May 2, 2012 at 4:42 am

selamat berbahagia untuk mereka berdua

Reply

Man May 2, 2012 at 11:16 am

suka linda!!! tah bila dia nak kahwin..

Reply

syaisya May 3, 2012 at 8:20 am

Linda mana satu lak ni. Linda Onn ke?

Reply

segalabenda May 2, 2012 at 11:28 pm

semoga kekal ke akhir hayat..sebab agak susah artis zaman sekarang ni yang boleh kekal lama berumah tangga

Reply

muazfaris May 3, 2012 at 8:37 am

moga mrk kekal hingga ke anak cucu.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: