2 orang blogger lelaki kacak bagi aku hadiah dan aku rasa nak abadikan kenangan dapat hadiah ni kat blog ini.

pos laju dari lelaki kacak maskulin

Balik kampung bulan lepas, 1 bungkusan pos laju dan 1 lagi surat sudah menunggu aku. Hehe.. Akhirnya sampai juga hadiah dari lelaki kacak maskulin yang dinanti-nantikan ni. Β πŸ˜€

Dalam bungkusan pos laju tu, ada ni:

lelaki kacak maskulin bagi tas tangan

Hadiah tas tangan merah ni sebab aku menang sebagai top referralΒ Giveaway by Darkbatman. Huish, rasa cam best je juga, bila lelaki kacak maskulin ni bagi aku tas tangan merah ni. Tak pernah aku ada tas tangan merah. Biasanya hand bag aku warna coklat. So, ni dapat juga merasa guna tas tangan merah. Hehe..

Actually, masa tengok senarai nama pemenang, aku tengok takde pun nama aku sebagai pemenang cabutan bertuah tu, sekali masa aku nak tekan ‘x’, terperasan pula nama Sya Isya kat bawah perkataan top referral. Hu… memang tak sangka. First time ni aku jadi no. 1 top referral.

Yang dalam sampul surat tu, cek dari Exabytes untuk program Ads 100 Blogger. Tak pasti sekarang ni masih terbuka lagi tak program tu. Tak tahulah sama ada kuota dah penuh, atau masih ada lagi ruang kosong. Aku pun berjaya dapat ads ni masa bulan 1 lagi. Ni kali kedua aku dapat cek dari Exabytes untuk program ni.

Dua minggu setelah hadiah tas tangan dan cek tu sampai, hadiah dari lelaki kacak dan kreatif ni pula sampai. Memang best lah rasa, asal balik kampung je, ada bungkusan hadiah untuk aku. Kalau setiap minggu macam ni kan best. Hehe.. tapi mana mungkin.

lelaki kacak kraftangan replila heli dan capal kulit

Replika motor Heli dan juga capal kanak-kanak yang diperbuat dari kulit kerbau ni aku dapat dari Contest Kraftangan dan Aku sebab aku peserta terakhir yang menyertai contest ni. Memang aku tak pernah jumpa lagi lah orang bagi hadiah kat peserta terakhir. Selalunya hadiah kat peserta terawal. πŸ˜€ Terima kasih kepada lelaki kacak yang kreatifΒ ni. Memang kacak lah! πŸ˜€

Sya Isya memang suka join contest. Dah jadi hobi. Bukan setakat hobi je, dah addicted dah dengan contest-contest ni. Pantang jumpa contest, walau aku tahu ada sesetengah contest tu yang aku tahu tak boleh menang atau peluang untuk menang tipis pun aku join juga. Kecuali kalau contest Award, macam Digi Wow dan MSMW tu, memang aku tak join lah. πŸ˜€

Masih menunggu hadiah dari Kozumiro (Budak Nakal), Shakiddo dan buku Khalifah Jadi Superman, cenderahati dari Denaihati. πŸ˜€ Takpe, sabar menanti. Oh ya, Denaihati dah ada Aplikasi Android. Esok aku nak download, InshaAllah. Nak tahu juga macam mana ghupanya applikasi android ni. Hehe πŸ˜€

error: Content is protected !!