PANDUAN MEMILIH KERJAYA DAN HALA TUJU KERJAYA SELEPAS SPM 

Halatuju selepas SPM. Selepas SPM nak ke mana?. Apakah laluan kerjaya bagi lepasan SPM. Banyak pilihan yang ada dan boleh dipilih.

peluang kerjaya lepas SPM

Peluang kerjaya lepasan SPM

Dulu lepas SPM, Sya pun tak tahu nak ke mana juga. Mak galakkan anak-anak dapatkan pelajaran dan belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ayah pula lebih menitik beratkan kemahiran. Ayah kata kemahiran lagi penting, kelulusan tak penting. Mak pula berpendapat pendidikan dan pelajaran boleh mengubah nasib keluarga.

Sementara tunggu result SPM, Sya bekerja sebagai waitress dan juga cashier. Hehe..sempat lagi tu tukar pekerjaan. Jadinya, dah merasa juga lah kerja tanpa memerlukan kelulusan yang tinggi ni. Terlalu berbeza sebenarnya pekerjaan yang memerlukan kelulusan tinggi dan juga pekerjaan yang tanpa kelulusan.

Dapat tawaran Matriks, Sya pergi. Esok dah nak berdaftar, hari ni masih lagi kerja. Takde rehat banyak sangat pun. Lepas tu dalam tempoh tak sampai 24 jam, kehidupan aku dah berubah, dari kerja tiba-tiba dah jadi student semula. 😀

Habis matrikulasi setahun, masuk U pula. Lepas 4 tahun setengah, jadi Engineer selama 3 tahun. Lepas tu sambung belajar buat Master pula. So, sekarang ni, jadi student lagi. Hehe… aku suka lagi jadi student berbanding kerja. Lepas ni nak sambung PhD pula. InsyaAllah.

Untuk adik-adik lepasan SPM yang tak tahu laluan kerjaya selepas SPM ni, di bawah ni ada beberapa tip memilih kerjaya yang adik-adik idamkan.

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA SELEPAS SPM 

laluan kerjaya selepas SPM

Lepas SPM sebenarnya ada 2 pilihan besar. Yang pertama bekerja dan kedua melanjutkan pelajaran. Pilih yang mana satu sebenarnya yang kita nak. Tak semua orang minat belajar. Kena ikut juga kelayakan dan kebijaksanaan masing-masing. Ada juga yang tak pilih dua-dua pilihan di atas, tapi dia pilih kahwin dan jadi suri rumah sepenuh masa. Ni untuk perempuan lah. 😀 (Kalau jodoh dah sampai, apa salahnya, kan. Hehe ).

Bagi yang keputusan SPM bagus, lebih baik lanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Bidang apa yang nak dipilih, bergantung kepada kerjaya apa yang kita pilih dan minat. Minat itu penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Barulah kita akan rasa enjoy buat kerja yang kita suka. 😀

Ada yang berminat nak jadi doktor?. Boleh baca entri Hidup Sebagai Doktor ni.

Nak sambung belajar di mana selepas SPM?

Nak sambung belajar, ada banyak cabang lagi:

  • Tingkatan 6
  • Matrikulasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Belajar ke luar negara
  • Dan lain-lain..

NAK KERJA APA LEPAS SPM?

Bagi yang tak minat belajar pula, boleh je kalau nak kerja. Tapi lebih baik dapatkan sijil sekurang-kurangnya kita ada certificate. Ada juga orang yang lemah dalam pelajaran tapi mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Ada banyak institut yang menawarkan kursus kemahiran.
Bagi yang minat berniaga pula, rasanya lebih baik timba pengalaman dulu, sambil-sambil tu belajar selok-belok ilmu perniagaan. Dah cukup ilmu didada, boleh lah buat pinjaman bank atau sekarang ni pun ada banyak bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk usahawan-usahawan muda bumiputera. Cuma kena rajin mencari dan kena alert lah untuk tahu peluang-peluang yang ada.
Bekerja tak semestinya perlu makan gaji. Tak semua orang suka makan gaji. Zaman sekarang ni ada orang kerja hadap laptop je. Hehe.. jana wang dengan internet. 😀
kerjaya selepas spm bekerja sendiri

Macam mana nak tahu apa yang kita minat dan kerjaya yang sesuai?

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri sendiri setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika adik-adik ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, adik-adik boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun internet serta buku-buku panduan kerjaya yang terkini. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.

Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti.

Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

TIP MEMILIH KERJAYA

  • Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
  • Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
  • Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
  • Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
  • Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.

Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yang terdapat, tetapi Sya Isya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya. Ingat! Pilih kerjaya, bukan kerja!.

Klik SINI untuk mendapatkan rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini.

Good luck!. Semoga adik-adik berjaya dapat kerjaya yang diidamkan.

Kongsi tips memilih laluan kerjaya dan hala tuju selepas SPM ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

Like FB Page Syaisya.com untuk update-update yang akan datang.