PROTON PREVE MODEL BARU 2012 | HARGA, GAMBAR, SPEC & KELEBIHAN

by syaisya on April 5, 2012

Proton Preve Model Proton baru 2012

Proton Preve merupakan model baru proton 2012. Akhirnya teka-teki mengenai nama sebenar Proton P3-21A sudah terjawab. Sebelum ini, ramai yang meneka Proton P3-21A adalah Proton Tuah, tetapi tekaan meleset. P3-21A adalah Proton Preve.

gambar%2520proton%2520preve%2520p3 21A PROTON PREVE MODEL BARU 2012 | HARGA, GAMBAR, SPEC & KELEBIHAN

Proton Preve model terbaru proton 2012

Ada yang nak bagi tiket VIP percutian percuma ke Italy. Klik kalau nak. 

Harga Proton Preve

RM62,000 – 78,500

Proton Preve Spec

Dimensi (Saiz Proton Preve):

Proton Preve mempunyai panjang 4.543 m, lebar = 1.786 m dan tinggi = 1.524 m. Ini menunjukkan saiz luar keseluruhan kereta Proton Preve (Proton P3-21A) adalah lebih besar dari Honda City, Honda Civic, Vios, Kia Forte & Altis. Pendek kata, memang besar lah kereta Proton Preve ni walaupun ia cuma 1.6.

Chassis Proton Preve

  1. Boot Space: 508 liter (Terbesar jika dibandingkan dengan City, Vios, Forte, Altis & Civic)
  2. Turning Radius: 5.3 meter
  3. Kapasiti tangki penuh : 50 liter
  4. Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30  (Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CDFactor = 0.29. Secara theori, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol. Ini membuktikan bahawa Proton Preve menjimatkan minyak).

POWER-TRAIN

  1. 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
  2. 0-100km/h: 9.6 saat (Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat)

VARIANT

  1. Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
  2. Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
  3. Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

Gambar Proton Preve (Interior)

gambar%2520interior%2520proton%2520preve%2520model%2520terbaru%2520proton%25202012 PROTON PREVE MODEL BARU 2012 | HARGA, GAMBAR, SPEC & KELEBIHAN

Layari Arena kereta untuk melihat lebih banyak gambar Proton Preve (interior).

 Warna Proton Preve:

Proton Preve didatangkan dengan 5 warna piliha iaitu Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver, Fire Red dan Blue Lagoon.

Yang ni sesuai untuk anda yang bercitarasa tinggi terhadap fesyen.

Aksesori Proton Preve (P3-21A):

Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri lain dan aksesori model proton terbaru 2012 (Proton Preve) ini.

Proton Preve vs Toyota Vios vs Honda City

proton%2520preve%2520vs%2520toyota%2520vios%2520vs%2520honda%2520city PROTON PREVE MODEL BARU 2012 | HARGA, GAMBAR, SPEC & KELEBIHAN

Perbandingan Proton Preve vs Toyota Vios vs Honda City

Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2012. Kakitangan kerajaan akan dapat 3 bulan tunggakan kenaikan gaji. Download pekeliling SSM Gaji Baru 2012 di SINI.

Gambar Proton Preve Exterior

proton%2520preve%2520exterior%2520gambar PROTON PREVE MODEL BARU 2012 | HARGA, GAMBAR, SPEC & KELEBIHAN

Sumber gambar Proton Preve Exterior ini dari Denaihati

Ciri-ciri Keselamatan Proton Preve (P3-21A):

  1. 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
  2. TC (Traction Control)
  3. ESC (Electronic Stability Control)
  4. BA (Braking Assist)
  5. 4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
  6. 5 STARS Australia NCAP (markah penuh)
Ujian perlanggaran Proton Preve (Australia NCAP)
Proton Preve telah mendapat markah penuh (5 STAR). Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran Proton Preve ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP.
Video perlanggaran Proton Preve menunjukkan dengan kelajuan 140km/h, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.
Pelancaran Proton Preve model baru proton 2012 ini akan diadakan pada 16 April 2012 dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato’ Seri Najib Razak.
Pendapat Sya Isya: Macam best je Proton Preve ni. Teringin pula aku nak tengok kat show room dan kalau boleh nak test drive sekali. Kalau Proton Preve ni asyik dibandingkan dengan Honda City dan Kia Forte, nak juga aku bandingkan rasa naik dan pandu kereta ni. Lagipun Proton Preve ni jimat minyak.  Penting untuk menggunakan kereta yang jimat minyak ni, sebab harga minyak makin lama makin naik. Adeh!
Oh ya, dah tengok gambar kereta, apa kata tengok gambar rumah atas pokok tertinggi 10 tingkat kat SINI.
Sumber-sumber telah dinyatakan dalam link-link entri icon biggrin PROTON PREVE MODEL BARU 2012 | HARGA, GAMBAR, SPEC & KELEBIHAN
Kongsi info mengenai model baru Proton 2012, Proton Preve ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.
Like FB Page syaisya.com untuk mendapatkan update-update terbaru.

{ 6 comments… read them below or add one }

Denaihati April 5, 2012 at 6:16 pm

bukan saja bentuk yg cantik n sporty, kuasa turbo charger cukup menggiurkan bagi 1.6l.
Denaihati Entri terkini..Toshiba Portege Z830 Ultrabook Challenge mendebarkan #toshibaultrabookMy Profile

Reply

Jebeng Otai™ April 5, 2012 at 9:49 pm

setuju..enjin kecik pon leh berkuasa besar.. :)
Jebeng Otai™ Entri terkini..Scion XB RS 7.0My Profile

Reply

SuhairiDotCom April 10, 2012 at 9:21 am

Betul tu jebeng, power 1.6l sama dgn 2.0l hehe turbocharge tu yg best :)
SuhairiDotCom Entri terkini..Khas Buat Lelaki KacakMy Profile

Reply

Aya April 7, 2012 at 5:47 pm

Cantik juga kereta ni..
Aya Entri terkini..Wanita Dikencingkan Oleh Bayi LelakiMy Profile

Reply

abuyaa April 12, 2012 at 12:51 pm

Kereta cantik!
Harga pun cantik!

Kalau dah beli, pastu nak jual second mesti harga drop giler!!!

Aku beli second jelah.. lg 5 thn kot?…
hahahahahaaa
Nota: Good article !!!

Reply

syaisya April 12, 2012 at 6:32 pm

semua kereta pun harga drop. rumah yang harga makin naik. hehe :D

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: