SEMAKAN UJIAN MEdSI 2012 & TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN

38 Flares 38 Flares ×

semakan ujian MEdSI 2012

Ujian MEdSI ini hanyalah untuk calon-calon yang memohon program pengajian pendidikan di pilihan 1 atau pilihan 2 sahaja ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara online.

Ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventory) adalah untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Semakan Panggilan Ujian MEdSI

Semakan boleh dibuat mulai 20 April 2012. Semakan panggilan Ujian MEdSI boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di ww.mpm.edu.my atau terus ke portal semakan MEdSI (http://webmpm.mpm.edu.my/medsiregter/). Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.

Dapatkan contoh-contoh soalan ujian MEdSI di SINI.

Tarikh Ujian MEdSI dan tempat ujian

Ujian MEdSI akan diadakan pada 28 April 2012. Pusat Ujian MEdSI adalah seperti yang dipilih oleh calon sendiri semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian dahulu. Calon perlu membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI yang boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia. Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.

Tarikh Temuduga Program Pendidikan

Mereka yang berjaya dalam Ujian MEdSI akan dipanggil untuk menghadiri temuduga pula. Panggilan temuduga dijangka boleh disemak pada 19 Mei 2012. Semakan boleh dibuat di link ini: https://online.mohe.gov.my/upu/tdugadidik/default.php

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) seperti yang dinyatakan di atas. Atau boleh hubungi MPM di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau e-mel : ppa@mpm.edu.my

Sumber maklumat diambil dari laman eputra.

Like FB Page syaisya.com untuk update-update akan datang.

14 Comments

  1. tuan punye blog nie bakal jadik cikgu ker? ke memang dah jadik cikgu, cuma nak masuk ipta?

    Reply
    • tuan punya blog ni sekarang student master engineering. kawan-kawan 90% cikgu.

      Reply
  2. fuh.. buat master ke.. haha, aku tak penah igt tetiap tuan punye blog, sebab bnyk sangat blog yang aku singgah :D, takpe kali nie akan amek perigtan, yang tuan punye blog nie tgh buat master.. fuh, kat mana buat tue?

    Reply
  3. Selamat mengambil ujian kepada para-para calon~

    Reply
  4. dah check dah..alhamdulillah lepas..hehe=)

    Reply
    • tahniah. dah buat persediaan belum?.

      Reply
    • tahniah…temuduga pula la lpas ni kan?..ermm

      Reply
  5. mohon masuk IPG jer lah…hehe….senang.. :-)

    Reply
  6. Assalammualaikum kak, kat mana nak check keputusan temuduga kak?

    Reply
  7. ohh..buat master rupanya..

    Reply
  8. law ambil medsi tu wajib ke pkai pensil jak?? tmasuk tulis nama??

    Reply
  9. cmne nk check ye??

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

38 Flares Twitter 3 Facebook 35 Google+ 0 38 Flares ×
%d bloggers like this: