INDERA JONED SLOT AKSI TV3

by syaisya on May 21, 2012

Drama bersiri terbaru, INDERA JONED akan menggantikan ‘Apa Celop’  bermula 21 Mei ini, setiap hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Aksi. Habis juga akhirnya drama Apa Celop ni kan. Aku memang tak layan sangat Apa Celop ni. :D

Drama Indera Joned ini merupakan drama pengembaraan romantik komedi, berbeza dengan drama pengembaraan lain yang biasanya dikaitkan dengan aksi suspen dan mencabar.

Penerbit: Grand Brilliance

Pengarah: Fairuz Loy

Penulis Skrip: Azmy Ariff

PELAKON INDERA JONED

 Aiman Hakim Redza (Epul & Indera Joned)

Anzalna Nasir (Sara)

Puteri Sarah (Rina)

Hairul Azreen (Aiman)

Syazwan  Zulkifli (Izzi)

Qushairi Razali (Jaafar Ringgo)

Idris Md. Diah (Prof. Dr. Azli)

Haeryanto (Tuan Masdor)

Hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi setiap hari selama sebulan!. Jom rebut peluang ini.

 

SINOPISIS INDERA JONED

Drama INDERA JONED mengisahkan Epul yang mendapat kuasa aneh apabila terjumpa gelang kepunyaan Indera Joned. Ceritanya bermula dengan Indera Joned pada zaman dahulu dianggap sebagai seorang lagenda dikalangan penduduk kerana kesungguhan beliau dalam mempertahankan harta berharga daripada dirampas oleh Bintara Hitam dan rakan-rakannya.

Kisah mitos itu telah tersebar luas sejak zaman berzaman bahkan hingga ke generasi kini. Malah penduduk kampung mempercayai akan sumpahan Bintara Hitam, Jalak, Ganang dan Kesam. Dipercayai bahawa jika sesiapa melintasi Bukit Bunuh, sumpahan mereka akan terbatal.

p/s: Wah, semakin laku  Aiman Hakim Redza ni ya selepas menjadi drama Vanila Coklat yang mendapat sambutan hangat tu. Baguslah, rezeki dia :D

Sumber: portal tonton tv3

Share

{ 5 comments… read them below or add one }

Denaihati May 21, 2012 at 11:29 am

tajuknya mcm andiana jones, mesti lawak gila ni.

Reply

syaisya May 21, 2012 at 11:14 pm

Tu lah, Sya pun mula2 ingat Indiana Jones juga

Reply

Jebeng Otai™ May 21, 2012 at 2:00 pm

rezeki dtg bergolek..huhu

Reply

syaisya May 21, 2012 at 11:13 pm

tu lah kan, rezeki dia. Ada ramai peminat, bagus untuk karier dia

Reply

tehr May 29, 2012 at 2:59 pm

sebagai epul nampak ok je
tapi bila bertukar sebagai indra joned, macam lucu pulak tengok

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: