PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2012

by syaisya on May 10, 2012

1) MAKLUMAT PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2012

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia ini dibuka kepada para pelajar sekolah rendah Tahun 3 hingga Tahun 6 (Kategori A), para pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (Kategori B) dan para pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 (Kategori C) di seluruh Malaysia.

b) Pertandingan ini dibuka dari 1 April 2012 hingga 15 Jun 2012.
c) Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
d) Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan mengikut kategori
seperti berikut:

i. Sekolah Rendah (Tahun 3 hingga Tahun 6)
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda menceritakan tentang amalan berbudi bahasa yang diamalkan dalam kehidupan seharian anda.
ii. Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
Tulis sepucuk surat kepada datuk anda tentang kebaikan penggunaan internet dalam kehidupan seharian pada hari ini.
iii. Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)

Semangat kejiranan kian pudar dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tulis sepucuk surat menceritakan peri pentingnya semangat hidup berjiran dan harapan anda kepada rakyat Malaysia.
e) Format surat adalah SURAT TIDAK RASMI.
f) Bukti tarikh penghantaran pos tidak akan diambil kira sebagai bukti penerimaan. Pihak penganjur dan agensi-agensi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lambat, dicuri, rosak atau disalah alamatkan.
g) Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
h) Semua surat penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi hakmilik penganjur dan penganjur boleh menggunakan surat-surat penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan.

2) TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA


a) Para pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia.
b) Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.
c) Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 15 JUN 2012 kepada Sekretariat Pertandingan.
d) Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan di perenggan 1 (d).
e) Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang  dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
f) Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
g) Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau komputer.
h) Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut kategori seperti yang berikut:
i) Kategori A: Sekolah Rendah – 200 hingga 350 patah perkataan
ii) Kategori B: Sekolah Menengah Rendah – 500 hingga 750 patah perkataan
iii) Kategori C: Sekolah Menengah Atas – 850 hingga 1000 patah perkataan
i) Borang penyertaan boleh didapati di laman web Pos Malaysia (www.pos.com.my)  dan Suruhanjaya  Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.skmm.gov.my).

j) Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada:

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012
P.O. Box 1000
50796 Kuala Lumpur

k) Sila sertakan sampul surat kosong bersaiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM0.80 untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan. Satu sampul surat untuk satu sijil penyertaan sahaja.
l) Setiap penyertaan mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah.
m) Penyertaan yang dihantar melalui serahan tangan kepada Sekretariat Pertandingan tidak akan diterima.

n) Sila nyatakan kategori anda di sudut atas kiri sampul surat penyertaan anda.
Contoh:

pertandingan menulis surat 1 malaysia 2012

o) Sijil penyertaan TIDAK AKAN diberi sekiranya:
i) Tiada sampul surat kosong beralamat sendiri
ii) Tiada setem bernilai 80 sen.
iii) Alamat rumah/sekolah yang tidak lengkap
iv) Tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan

3) KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2012


Keseluruhan surat yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skima pemarkahan berikut:

i) Takrif Tajuk = 10 markah
ii) Idea = 40 markah
iii) Bahasa = 30 markah
iv) Olahan = 20 markah
Keseluruhan = 100 markah

4) SENARAI HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 
a) Seramai 3 pemenang utama dan 10 pemenang saguhati akan dipilih bagi setiap kategori :

hadiah pertandingan menulis surat 1 Malaysia

5) Untuk sebarang maklumat/pertanyaan, sila hubungi:

Sekretariat
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012
Bahagian Komunikasi Korporat
Pos Malaysia Berhad
Tingkat 7, Ibu Pejabat Pos Malaysia
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur
Tel : 03-2267 2206
Faks : 03-2267 2255
Email : surat1malaysia@pos.com.my
Facebook : www.facebook.com/surat1malaysia

>> KEPUTUSAN SENARAI NAMA PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2012 <<

Like FB page syaisya.com untuk update-update akan datang. Beritahu rakan-rakan anda yang lain mengenai Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 ini kepada kawan-kawan anda di FB dengan menekan butang share ini.

Share

{ 24 comments… read them below or add one }

Jebeng Otai™ May 10, 2012 at 2:27 pm

bagus lah..menggalakkan pelajar utk menulis..

Reply

Denaihati May 10, 2012 at 10:52 pm

contest bukan saja bagus juga hadiahnya lebih dr lumayan utk budak2 sekolah.

Reply

Anuar May 11, 2012 at 7:09 am

Hadiah untuk setiap kategori sangat lumayan..

Reply

titan May 14, 2012 at 9:13 pm

kategori blogger takde ker??

Reply

Amin May 22, 2012 at 12:55 pm

salam..saya tingktan 5 ingin britahu ..di mana kertas yg cikgu saya akan cop?

Reply

syaisya June 4, 2012 at 10:43 am

cop diborang penyertaan

Reply

farzana May 22, 2012 at 8:55 pm

kener photostat ker borang penyertaan nya?

Reply

syaisya June 4, 2012 at 10:43 am

print lah dari website pos malaysia.

Reply

ann May 23, 2012 at 5:41 pm

sampul surat kosong tu cam ner???

Reply

syaisya June 4, 2012 at 10:45 am

masa hantar tu, masukkan sekali sampul surat kosong saiz a4, kat sampul tu tulis nama dan alamat sendiri. tampal setem sekali. dalam sampul tu x yah letak apa2.

Reply

eiz June 1, 2012 at 3:40 pm

mcm mna nak dpatkn borang??

Reply

eiz June 1, 2012 at 3:41 pm

di mna nk dpat borang???

Reply

syaisya June 4, 2012 at 10:38 am

di laman web pos malaysisa.

Reply

aeaiz faad June 4, 2012 at 7:00 pm

saye dah join dah ….

Reply

syaisya June 11, 2012 at 3:46 pm

good luck! :D

Reply

Hafizul June 5, 2012 at 8:29 am

Emm rasa nak masuk jer…byk yang nk dicerikan dalam surat tu nanti..hehe..mujurlah usia dah lanjut…

Reply

Khairina June 5, 2012 at 1:26 pm

hadiah wang tunai diserahkan kepada pihak sekolah ataupun individu yang menjadi pemenang.

SK Malau- 12 tahun

Reply

syaisya June 11, 2012 at 3:46 pm

individu yang menang, rasanya

Reply

ikha June 7, 2012 at 9:17 am

kalau nak cari isi karangan boleh x ? but link die ape ?

Reply

syaisya June 8, 2012 at 1:39 am

nak cari isi karangan?. kenalah cari idea sendiri, atau cuba google je keyword yang berkaitan. mungkin ada isi artikel akhbar yang boleh dijadikan isi.

Reply

nur June 8, 2012 at 11:56 am

kepada siapa nak tulis surat ni..??

Reply

syaisya June 11, 2012 at 2:49 pm

tulis surat kepada rakyat Malaysia, dan hantarkan penyertaan kepada penganjur

Reply

syaisya June 11, 2012 at 2:49 pm

tulis surat kepada rakyat Malaysia

Reply

anairus June 8, 2012 at 12:24 pm

utk sekolah menengah atas…surat tu kena tujukan kepada siapa sebenarnya?

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: