Seindah Sakura Slot Akasia tv3 pelakon dan sinopsis

Drama Seindah Sakura ditayangkan di kaca tv selepas episod akhir Cinta Buat Emelda. Drama arahan Zul Huzaimy ini  diadaptasi dari novel Seindah Sakura karya Liza Zahira.

Pengambaran Seindah Sakura dilakukan di SMK Ahmad, Pahang dan kemudian mengambaran dilakukan di Paris. Wow! Bestnya, bilalah aku nak tengok Eifel Tower secara life ni ek. Huhu…

PELAKON SEINDAH SAKURA

Fasha Sandha – Shaqira

Fahrin Ahmad – Cikgu Airil.

Fimie Don,

Eizlan Yusof – Datuk Walid bapa kepada cikgu Airil

Erynne Eryna – Shaqira masa kecil

SINOPSIS SEINDAH SAKURA

Drama Seindah Sakura mengisahkan seorang pelajar miskin yang bermasalah di sekolah bernama Shaqira. Cikgu Airil, cikgunya menganggap Shaqira berperangai buruk dan dia sering sahaja dihukum di sekolah.

Selepas kematian moyangnya, Cikgu Airil sedar akan kesulitan yang dialami oleh Shaqira. Dulu Cikgu Airil bersangak buruk kepada Shaqira. Tetapi kemudian, dia semakin mengambil berat hal Shaqira hingga menimbulkan rasa sayang. Jeng jeng jeng… hehe 😀

>> Cuba buat macam ni bila traffic jam. Gerenti hilang bosan!<<

Selepas rumah Shaqira musnah terbakar, Shaqira tidak ada lagi tempat bergantung hidup. Datuk Walid, bapa Cikgu Airil bersimpati dengan nasib yang menimpa Shaqira lalu mengambil Shaqira tinggal dan menanggung perbelanjaan persekolahannya.

Di rumah Datuk Walid, Shaqira tak disenangi oleh salah seorang lagi anak Datuk Walid. Anida sedar Airil ada perasaan sayang kepada Shaqira. Dia berusaha untuk membuat Airil bencikan Shaqira. Airil telah berlepas ke luar negara kerana terlalu kecewa.

Semasa Shaqira tinggal dengan keluarga Datuk Walid, dia berjaya dalam SPM dan menyambung pelajaran hingga ke luar negara.

>> Lirik lagu dan video klip Harapan – OST Seindah Sakura <<

>> Hadiah pertama: RM 750 untuk blogger. Klik untuk tahu lebih lanjut. <<

Sumber: Nurizspace

Kongsi Pelakon dan Sinopsis Seindah Sakura ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!