CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN W27

by syaisya on June 18, 2012

Update terbaru 23 Julai 2012: 

SPA ada mengumumkan peperiksaan pada 4 Ogos 2012 ini untuk calon peperiksaan akauntan W41. Jika dipanggil untuk peperiksaan ini, berita baik buat anda. Jualan ebook Pakej Rujukan Lengkap Akauntan W41 akan dibuka mulai 25 Julai ini. Like FB Page Syaisya.com ini untuk mengetahui cara pembelian sebaik sahaja jualan dibuka nanti.  Klik sini untuk Contoh soalan peperiksaan Akauntan W41.

*******

Matlamat peperiksaan bertulis untuk calon penolong akauntan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi sebagai seorang Penolong Akauntan, Gred W27 di jabatan kerajaan.

FORMAT PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN W27

Peperiksaan ini melibatkan dua kertas berasingan iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Setiap kertas adalah penting untuk mengukur prestasi dan kecekapan calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi semua kertas. Ini adalah kerana sama ada calon lulus atau gagal dalam peperiksaan ini ditentukan oleh markah keseluruhan, bukan hanya bergantung kepada satu-satu kertas sahaja.

Jika calon dapat skor satu kertas, tapi tak dapat skor kertas yang lain, maka peluang untuk calon lulus adalah nipis. Calon perlu ingat, bahawa peperiksaan ini sememangnya bertujuan untuk menyingkirkan calon yang prestasinya tidak memuaskan.

Jika lulus dalam Kelulusan peperiksaan, calon perlu ke peringkat seterusnya iaitu ’Assessment Centre’ dan seterusnya akan ditemu duga.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolog Akauntan

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa: 40 minit

Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Contoh Soalan Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.

C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.

D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.

Jawapan: D

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam.

B. keturunan Melayu.

C. pernah menjadi Menteri Kabinet.

D. menjadi warganegara mengikut undang undang.
Jawapan: D

Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon yang sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Tetapi jika anda bukanlah seorang yang peka terhadap isu semasa di Malaysia, anda juga jarang membaca surat khabar mahupun menonton berita dan tak berapa tahu apa yang berlaku di Malaysia, anda boleh mendapatkan nota Isu Semasa ini di sini >>. Klik link INI

nota isu semasa untuk peperiksaan penolong akauntan w27

Klik untuk dapatkan nota isu semasa ini

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Contoh soalan Penyelesaian Masalah Penolong Akauntan

Masa: 45 minit

Bilangan Soalan: 40 Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

1. Apakah nilai R yang paling sesuai?
6886 | 8866 6552 | 6255 R | 3632 6110 | 6101
A. 6323 C. 6322
B. 6233 D. 6332

Jawapan: D

Teknik Menjawab
Nombor pertama = 6

2nd + 3rd = nombor yang sama

Nombor terakhir = baki nombor

2. Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda A?

S A T U M A L A Y S I A
A. 5/12
B. 2/6
C. 1/4
D. 1/3

Jawapan: D
Jumlah semua kad = 12 keping

Jumlah kad bertanda A = 4 keping

Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12

= 1/3

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.
Bilangan Pengunjung Lelaki Perempuan
Dewasa 52 68
Kanak-Kanak 104 136
A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4

Jawapan: B
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang

Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang

Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360

= 2/3

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Contoh Soalan Konsep Matematik

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28

B. 49

C. 56

D. 62

Jawapan: A

Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8×7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah
8×7 = 28 2

2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?
A. 27

B. 30

C. 33

D. 36
Jawapan: A

Teknik menjawab

90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang

3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

Berjayakah anda menjawab semua soalan di atas tanpa melihat jawapan terlebih dahulu?.

Adakah anda cukup yakin untuk menduduki peperiksaan Penolong Akauntan, 23 Jun ini?.

Sudah cukup bersediakah anda?.

Tahniah, jika jawapan anda “Ya”. Tapi, jika jawapan anda “Tidak”, anda perlu melakukan sesuatu. Anda harus tampil yakin ketika melangkah ke dewan peperiksaan dan perlu penuhkan ilmu didada untuk membolehkan anda menjawab semua soalan dengan baik.

Anda tak perlu terlalu risau jika tak tahu nak baca apa untuk menjawab peperiksaan ini. Anda boleh dapatkan ebook contoh-contoh soalan peperiksaan penolong akauntan ini di SINI. Dapatkannya, dan kemudian anda study. InsyaAllah, boleh jawab nanti. Contoh-contoh soalan, jawapan dan cara untuk mendapatkan jawapan semua ada di dalam pakej rujukan ini.

Dapatkan E-book Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Akauntan, W27 ini dengan segera kerana jualan hanya dibuka sehingga 20 Jun jam 11.59!.  Klik untuk mendapatkan panduan lengkap untuk lulus ini atau anda ditinggalkan jauh oleh calon-calon lain. Ini yang berlaku pada peperiksaan yang lepas apabila jualan sudah ditutup!.

p/s: PERCUMA! Panduan Asas Exam Pen. Juruaudit. Hantarkan emel kepada saya di syaisya5(at)gmail.com. Gantikan (at) kepada @. Hantar emel dengan tajuk “Saya Mahu Lulus Exam Pen. Juruaudit” supaya senang saya kenalpasti emel anda. Panduan Exam akan diemailkan kepada anda dalam tempoh 24 jam. :)

Good luck kepada semua calon!

Kongsi contoh soalan peperiksaan bertulis penolong akauntan ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB. Mungkin rakan anda juga dipanggil untuk menduduki peperiksaan ini.

Share

{ 1 comment… read it below or add one }

hatiputera June 19, 2012 at 2:49 pm

memang sesuai untuk akauntan government skor…

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: