Drama Dejavu Di Kinabalu akan menggantikan drama Seindah Sakura yang mendapat perhatian ramai dalam Slot Akasia TV3 mulai 18 Jun 2012.

dejavu di Kinabalu slot akasia tv3

Dejavu Di Kinabalu Slot Akasia tv3

Drama Dejavu Di Kinabalu mempunyai 28 episod. Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd di bawah arahan sutradara wanita yang disegani, merangkap penulis skrip: Erma Fatima

PELAKON DEJAVU DI KINABALU

Aqasha (Ammar)

Tiz Zaqyah (Nadira)

Nazim Othman

Aishah Ilias

Fadhilah Mansor

Dian P. Ramlee

Rahim Razali

Aida Rahim

Allana Amir

Khaty Azean

Meor Ariff.

SINOPSIS DEJAVU DI KINABALU

DEJAVU DI KINABALU mengisahkan tentang Nadira yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula di miliki oleh bekas teman wanita Ammar yang terkorban dalam kemalangan jalan raya. Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia dipertemukan dengan Nadira.

Ammar perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya.

Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya. Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia. Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cintanya akan berpaling arah?

DOWNLOAD FREE DEJAVU DI KINABALU

TONTON ONLINE DEJAVU DI KINABALU

p/s: Seindah Sakura pun sempat tengok online sampai episod 7 je. Huhu.. sekarang  ni dah takde tv. Susah betul nak layan drama. 🙁

Sumber: Wowberita

Kongsi Pelakon dan Sinopsis Dejavu Di Kinabalu ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!