Izara Aishah dalam Naziha Slot Zehra tv3

Naziha Slot Zehra tv3

Pelakon cantik Izara Aishah semakin diminati ramai sejak drama Vanila Coklat mendapat sambutan ramai. Kali ini, Izara Aishah tampil sebagai pelakon utama dalam drama Naziha, Slot Zehra, tv3 menggantikan drama Bunga-bunga Syurga. Drama Naziha mula ditayangkan pada 15 Jun 2012, setiap hari Jumaat jam 9 malam.

Drama Naziha ini diarahkan oleh Along Kamaruddin, memaparkan kisah Naziha yang terpaksa melalui pelbagai kesukaran dalam hidup hanya kerana memiliki wajah yang cantik. Sesungguhnya kecantikan itu satu anugerah yang di idamkan oleh setiap wanita tetapi malangnya ia menjadi beban kepada Naziha. Naziha terpaksa berkorban kasih terhadap Adam dan menempuh hidup yang getir di samping Farouk sebagai suami yang mengamalkan ilmu hitam.

Drama bersiri 13 episod terbitan OrangeTree Production ini mendapat sentuhan skrip daripada Zarihah Hassan dan membariskan pelakon berbakat dan terkenal.

PELAKON NAZIHA TV3

Izara Aishah (Naziha)

Ryzal Jaafar (Adam)

Erry Putra (Farouk)

Zain Saidin (Amri)

Amar Baharin (Akmal)

Nik Zaris Nellydya (Vina)

Nadia Kesumawati (Fauziah)

Dilla Ahmad (Latifah)

Mustapha Kamal (Cikgu Nordin).

SINOPSIS NAZIHA SLOT ZEHRA TV3

Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha.  Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.

Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.

Wanita ini sanggup mencuri RM 840 Ribu untuk berkahwin!

Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan diantara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.

Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menaklukinya.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkan Naziha dari kekejaman Farouk?.

Download Naziha TV3.

p/s: Ish ish.. nape lah sampai nak guna ilmu hitam, ek untuk dapatkan gadis idaman hati. Guna ilmu hitam tu satu hal, pastu dah dapat kahwin, didera pula perempuan tu. Erm… 🙁

Drama 3 Janji pun dah habis, digantikan dengan drama Bukan Bidadari. Baca Sinopsis Drama Bukan Bidadari di SINI.

Sumber: tv3.com.my

Kongsi Sinopsis drama Naziha ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!