Baru sebentar tadi terbaca berita di Mylaunchpad mengenai pemergian seorang pelakon dan pelawak terkenal, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim. Osman Kering meninggal dunia selepas hampir tiga minggu terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), tepat jam 4.00 petang tadi.

Jika sebelum ini berita palsu kematiannya telah tersebar, namun kali ini berita kematian ini telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Seniman iaitu Zed Zaidi melalui laman Twitter rasminya, @RozaidiJamil, sebentar tadi. Aku pun dah check kat twitter Zed Zaidi. Memang ada statement mengenai pemergian arwah.

Zed Zaidi yang bertindak membuat kenyataan tersebut setelah menerima panggilan telefon daripada isteri Osman Kering yang memberitahu dan mengesahkan sendiri pemergian dan ketiadaan suaminya itu.

Arwah sebelum ini dilaporkan rebah di rumah beliau di Bandar Seri Permaisuri, Cheras berpunca daripada sesak nafas dan batuk kering.

Al-Fatihah untuk arwahyarham Osman Kassim. Takziah kepada keluarga arwah.

error: Content is protected !!