Dah lama juga aku tak review novel sebab dah beberapa bulan tinggalkan hobi membaca novel ni. Baru beberapa minggu ni dapat gunakan masa yang ada untuk baca novel dan 3 buah novel telah berjaya dikhatamkan dalam masa 2 minggu 😀 Satu pencapaian yang agak cemerlang buat diriku. Hehe.. Bagusnya lah kan, kalau aku boleh baca journal segigih aku baca novel. Ops!

Novel pertama yang dikhatamkan ialah Gelak Tergolek. Habis baca Gelak Tergolek, aku baca Kahwin Ganti pula dan kemudiannya baca novel Kau, Aku, Kita. Kat bawah ni adalah koleksi terbaru novel-novel yang aku beli beberapa minggu yang lalu (3 minggu yang lalu, kot =P). Masa tu ada Pesta Buku, so aku pulun beli novel banyak-banyak macam nak buat stok setahun dah. Aiyak!. Tapi semalam aku beli lagi 1 novel, Seindah Sakura. 😀 Yang ada banyak ni pun tak baca lagi. Ngeh ngeh 😛

koleksi novel terbaru

Novel-novel untuk dibaca

So, aku akan buat review in reverse order. Review novel yang latest aku baca dulu. Novel ni aku beli atas cadangan junior aku yang juga merupakan kaki novel tegar, malah aku rasa dia lagi tegar dari aku. Hampir semua novel kat pesta buku tu dia dah baca. Ammak! 😀 Pastu dia kata, “Kak, ni best. Yang ni best, ni pun best, kak”.  Penyudahnya total dekat RM300 novel aku borong. Tapi, aku akan jual balik semua novel yang aku dah habis baca, kecuali novel Stanza Cinta, aku tak mahu jual. 😀

Aku start baca novel Kau, Aku, Kita ni selepas kepala rasa berat sangat, selepas buat abstrak dan 1 perenggan introduction paper jurnal penyelidikan yang sedang aku usahakan sekarang ni. Sakit kepala nak siapkan jurnal ni. Huhu… Sob sob…

Kau Aku Kita novel Orkid Edyliyne

Kau, Aku, Kita

SINOPSIS KAU, AKU, KITA

Ni sinopsis versi Sya Isya, ya. Bukan sinopsis yang terdapat di belakang novel. Harap maklum.

Novel KAU, AKU, KITA mengisahkan 2 orang yang bernama Iman Firdaus yang berlainan jantina. Bertemu secara tak sengaja ketika Iman (perempuan) melarikan diri dari mafia yang sedang mengejarnya. Masa tu, Aus (lelaki) pun ikut lari juga. Dia ingatkan mafia tu kejar dia, sebab mafia tu teriak nama “Iman Firdaus!”.

Aus yang dipaksa berkahwin oleh bapanya, tak mahu dikahwinkan dengan calon bapanya. Maka Aus mendapat idea untuk minta tolong Iman kahwin dengan dia. Iman ni hidup dia naif sangat. SPM pun tak ada. Tak habis belajar sebab orang susah, nak tolong ibu bapa dia sekolahkan 5 orang adik lelakinya. Dalam cerita ni ibu bapa Iman dah meninggal, pada mulanya. Hehe.. Kenapa aku cakap pada mulanya, sebab bila baca novel ni, bila dah sampai belakang, tiba2 ibu bapa dia belum meninggal lagi lah pula. 😀 Hehe.. Macam mana tu?. Kalau nak tahu korang kena baca novel ni lah.

Sebelum kahwin tu, biasalah kan, ada perjanjian. Tapi perjanjian dalam cerita ni tak dituliskan dalam kertas… maksud aku, diorang ni tak buat kontrak lah. Just cakap mulut je. Perjanjian antara 2 insan yang bernama Iman Firdaus. (Memang banyak novel kahwin tanpa cinta ni ek. Sebelum kahwin buat perjanjian dulu 😀 )

Kata Aus yang merupakan pelakon kacak kegilaan ramai ketika ajak Iman kahwin:

“Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula”.

Gitulah gamaknya. Si Iman ni pun tolong kahwin dengan Aus sebab Aus bagi dia gaji sebagai isteri dan siap bela adik-adik dia semua, bawa tinggal dengan keluarganya. Iman ni anak dato’ dan datin ler.

REVIEW KAU, AKU, KITA 

Ni aku nak buat review jujur ni. Secara jujurnya, aku mula membaca novel ni tatkala mood aku untuk membaca novel memang tak berapa nak ada mood. Dan novel ni juga sehingga ke ayat terakhir aku baca, tak berjaya menceriakan mood aku. Huhu… Jalan cerita agak mendatar, takde banyak konflik. Err.. rasanya memang tak ada konflik sangat kot. Melainkan Iman minta diceraikan.

Cerita lebih banyak berkisar pada hubungan Aus dan Iman sebagai suami isteri. Aus ni sebenarnya dah sayang Iman, tapi dia memang jenis lelaki yang tak tahu nak layan perempuan baik-baik dan tak tahu nak tunjukkan perasaan kasih sayang dia yang sebenar. Bahasa kasar je, kalau bercakap tu ala-ala bagi arahan je dengan muka takde perasaan. Iman pula perempuan yang blur. Selalu je tak faham apa Aus cakap, lepas tu kecik hati, sayu hati. Gitu lah mereka suami isteri.

Ada unsur humor juga dalam novel ni yang membuatkan sekali sekala aku tergelak juga. Tapi, overall, aku tak berapa nak ada rasa enthusiastic ketika membaca novel ni. Uhuhu…

Ok, 2 bintang untuk novel Kau, Aku, Kita. (Lain orang lain citarasanya).

Novel Kau, Aku, Kita ni merupakan novel kedua Orkid Edyliyne (OE). Novel pertama dia, Tuan Rumah Pembantu Rumah. Aku pun belum baca lagi novel pertama OE ni. Ada tu haa novel ni kat longgokan novel yang aku borong tu. Karang-karang lah aku baca. Siapkan jurnal dulu. Huhu..

Kalau nak baca novel Kau, Aku, Kita ni secara online, boleh baca kat blog Orkid Edyliyne ni. Tapi, separuh je lah cerita ni boleh baca online.

Lepas ni, InsyaAllah, aku review novel Kahwin Ganti pula. Haaa…Kahwin Ganti ni best. Diulangi sekali lagi, novel Kahwin Ganti, best. Cuma ada 1 perkara je yang aku tak agree dengan novel Kahwin Ganti ni. Macam nak ajak berdebat je dengan junior aku ni pasal perkara nan 1 ni. Cewah!. Debat gitu!.

p/s: Lepas ni aku ingat nak beli novel Cinta High Class, ni novel tarbiyyah. Masih dalam perancangan ni. Dah ushar-ushar dah novel ni kat kedai buku. 😛

error: Content is protected !!