drama 7 ramadhan slot samarinda tv3

7 Ramadhan merupakan drama 13 episod akan ditayangkan di slot Samarinda mulai 19hb Julai setiap Selasa hingga Rabu jam 10.30 malam, Khamis 9.30 – 10.00 mlm sempena kedatangan bulan bulan Ramadhan. Tahun lalu, drama Ramadhan Terakhir mendapat sambutan yang baik dari para peminat drama melayu lebih-lebih lagi lagu tema drama tersebut, Jangan Lupa Namaku dendangan Pompa Bensin sangat diminati ramai. Drama terbitan Radius One untuk slot Samarinda sempena bulan Ramadhan sememangnya diminati ramai. Drama 7 Ramadhan ini diarahkan dan skripnya ditulis oleh Shahrulezad Mohamedin.

Jika 2 tahun lalu dalam drama Syurgamu Ramadhan Elly Suriati sebagai ibu yang keras hati, ego, sombong dan bongkak kerana dia kaya, kini Elly memegang watak ibu yang daif.

 Pemilik Perodua, pemeriksaan 20-poin PERCUMA untuk kereta anda! Dah nak raya ni kan  😀

PELAKON 7 RAMADHAN 

Elly Suriati (Sufiah)

Fir Affandi (Ramdhani)

Ana Dahlia (Ana)

Tania Zainal

Mustapha Kamal

Sherry Abdullah

Nabila Huda

Roy Azman.

Samsung Galaxy S3 RM999 jer!

SINOPSIS 7 RAMADHAN 

Drama 7 Ramadhan mengisahkan Sufiah yang tinggal di kampung seorang diri bekerja mengambil upah mengurut orang dan membuat kuih demi menyara anaknya, Ramadhani yang amat dikasihi. Setelah Ramadhani atau Dhani dewasa dan tamat belajar di universiti, kini tibalah masa untuk Dhani mendapat ijazah.

Pada 7 Ramadhan juga merupakan hari konvokensyen Dhani dan jua hari peristiwa hitam dalam hidup Sufiah kerana pada hari itu anaknya bernama Iqram meninggal dunia.

Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anaknya yang meninggal akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya.

Batman datang lagi! The Dark Knight di pawagam!

Demi mengambil hati ibu Ana, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk merubah hidupnya  dan masuk ke dalam keluarga Anna yang mewah walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

p/s: Baca sinopsis macam dah tahu dah jalan cerita. Ni sama kes dengan Si Tanggang/Si Tenggang lah ni 😀

Sumber: Nurizspace

Kongsi sinopsis drama 7 Ramadhan ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!