cik tom

Bulan Ramadhan tiba lagi,

Setahun hanya sekali,

Ramai yang ternanti-nanti,

Ramadhan Al-Mubarak mendamaikan hati.

😀

Cik Tom buat GA lagi,

Memang Gadis Tomato ni baik hati,

Bulan Ramadhan ni memang elok berkongsi rezeki,

Hasil income dari blog rezeki dikongsi.

😀

Blogwalking sana sini sebagai hobi,

Terjumpa blog Cik Tom yang ringkas tersusun rapi,

Walau blog bertrafik tinggi,

Tapi Cik Tom tak meninggi diri.

😀

jongkong perak silver bar

jongkong perak (silver bar)

Jongkong perak Cik Tom termimpi-mimpi,

Jawab teka silang kata sepenuh hati,

Tak cukup google semua entri di blog penganjur Cik Tom gali,

Akhirnya silver bar 10g berjaya dimiliki.

😀

Cukup sudah kisah Cik Tom,

Sekarang kisah syaisya.com.

😀

Tip bercuti di Beijing entri terbaik blog ini,

Dapat bantu ramai pembaca yang singgah ke sini,

Rasa macam nak pergi Beijing lagi sekali,

Walau Beijing best tapi Malaysia tetap di hati.

😀

Dah lama tak berpantun,

Nak taip entri ni jari asyik je pegun,

Tak kisah menang atau kalah sekalipun,

Yang penting usaha berpantun dengan tekun.

😀

Dah penat karang pantun,

Khas untuk GA Kedua Cik Tom,

Harap Cik Tom terima pantun yang disusun,

Penyertaan ikhlas dari syaisya.com.

😀

“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtaiPapa MifzAmnaKak MahhDania EryatiOnlajer,NazriHatiputeraEielaRina AvailAkhiyyHafizulPuanbee dan KeretaHitam.”

 p/s: Terpaksa letak tanda smiley sebab bila tekan enter, dia tak buat perenggan baru. Apa tah penyakitnya. Huhu.. 🙁