denaihati

Denaihati.com merupakan salah satu blog yang mesti aku terjah setiap hari. Namun, sempena bulan Syawal yang mulia ini, sibuk dengan sambutan hari lebaran, tak sempat nak sentuh laptop, mahupun berblog menggunakan Samsung Galaxy Tab 8.9 yang dimiliki. Maklumlah, nak menghayati perayaan yang hanya muncul setahun sekali ni. Juga untuk refresh otak dan mata dari hadap laptop je.

Selepas seminggu beraya, barulah hari ni aku betul-betul berkesempatan melayari internet. Hari ni, aku nak senaraikan 10 Entri Terbaik Denaihati yang berada dalam kategori Blogging – SEO Blogging. Kehangatan Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati masih membara. Ilmu SEO masih dicari-cari, digali-gali dan sentiasa dipelajari oleh kebanyakan blogger yang ingin belajar untuk memajukan blog dan menjadikan blog mendapat tempat pertama dihati laman Search Engine, terutama Google.

Kepentingan SEO tidak dapat disangkal lagi. Berada di 1st page Google untuk setiap entri yang telah disiapkan menjadi idaman kebanyakan blogger. Penting untuk berada di page hadapan search engine bagi memastikan entri-entri yang terdapat dalam blog dapat dibaca oleh orang ramai. Dah penat-penat buat entri, mestilah nak orang baca, kan?. Maka, ilmu SEO perlu dipelajari dan dikuasai walaupun teknik meguasai SEO sentiasa berubah, sejajar dengan perubahan algorithm yang dilakukan oleh Google dari semasa ke semasa. Peminat SEO tegar memang takkan pernah jemu untuk mempelajari teknik SEO.

Seperti yang  diketahui ramai, Denaihati sebelum ini pernah berjaya menganjurkan contest SEO yang disertai oleh blogger yang  otai dalam SEO iaitu Contest SEO Hidup Seorang Blogger.  Berikut adalah 10 Entri SEO terbaik yang terdapat di blog Denaihati.com yang banyak memberi manfaat kepada para blogger yang serius dalam mempelajari dan menguasai ilmu SEO.

1. Contest SEO Faedah Kepada Penganjur Dan Peserta (PR 3)

seo

SEO

Entri ini berjaya membuka mata aku tentang tujuan dan faedah sesuatu contest kepada penganjur khususnya, dan peserta, amnya. Jika sebelum ini, aku sering menjadi peserta contest dan telah banyak contest yang aku berjaya menangi, aku sememangnya sangat jelas tentang kelebihan menjadi peserta dalam contest-contest yang dianjurkan oleh rakan-rakanb blogger. Namun, aku tidak pernah menjadi penaja mana-mana contest walaupun aku pernah menjadi menganjurkan contest di blog ini sempena kelahiran syaisya.com ini.

Sebelum membaca entri ini, aku masih lagi berasa 50-50 untuk menjadi penaja Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati. Tetapi, tekad aku bulat untuk menjadi penaja contest ini setelah selesai membaca entri ini dan seterusnya menghubungi Eyriqazz bagi menyampaikan hasrat yang terpendam lama ni. 😀 Maka, dengan itu, secara rasminya aku menjadi salah seorang penaja Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati. Memang ramai blogger yang menjadi penaja contest ini, dan sudah pastinya, blogger yang biasa menjadi penaja sedia maklum tentang kelebihan menjadi penaja. Dengan ini juga, buat pertama kalinya aku menggunakan duit hasil blogging untuk menjadi penaja contest. Satu pencapaian baru dalam Hidup Seorang Blogger yang bernama Sya Isya 😀

2. Penangan SEO Dalam Pemasaran Produk (PR 1)

wtf buku properties by 30

WTF

Entri Penangan SEO Dalam Pemasaran Produk ini telah membuka mata dan mindaku dalam membuktikan salah satu teknik pemasaran internet. Kebetulan, tahun ini memang target aku untuk belajar menguasai teknik pemasaran internet. Selaku salam seorang affiliater yang baru merangkak dalam pemasaran produk, pelbagai teknik pernah aku cuba sebagai try and error. Entri ini telah mencerahkan lagi ilmu pemasaran yang masih lagi kelam dalam kamus hidupku sebagai affiliater. Setelah aku baca, barulah aku sedar, bahawa teknik yang aku lakukan adalah betul, namun masih perlu dilakukan penambahbaikan untuk meningkatkan lagi hasil jualan. 😀

3. Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search (PR 1)

blogger perempuan cantik ariff shah

Berada di tempat pertama Google Search memang tidak mudah. Apatah lagi bertahan di kedudukan pertama dalam satu jangka masa yang panjang, atau lebih hebat lagi, kekal di tempat pertama Google Search selama-lamanya. Ianya sama seperti sukarnya menjadi juara bertahan dalam sesuatu perlawanan sukan. Namun, tiada yang mustahil, jika kena dengan caranya.

BACA JUGA :  CONTEST CUTE THING: MENANGI PENDRIVE & PLUSHY TOYS YANG SUPER CUTE

Bagaimana mahu kekal berada di tempat pertama Google Search?. Entri hasil tulisan Ariff Shah yang juga penulis ebook SEO Untuk Semua ini memberikan idea yang paling mudah dan ideal yang tidak berat untuk dipraktikkan oleh blogger-blogger. Idea ini sangat bernas untuk dipraktikkan ketika menyertai Contest SEO mahupun untuk target keyword yang kita ingin kuasai di Google. Memang idea yang bagus dan terdapat logiknya di situ.

4. Hati-hati Dengan Hidden Links Bila Menggunakan Plugin (PR 2)

hidden link dalam plugin

Selalunya, blogger WordPress Self Hosting terutamanya akan ghairah memasang plugin-plugin percuma yang sedia ada tanpa memikirkan risiko memasang plugin di blog secara semberono. Dah namanya pun percuma plugin-plugin ini, maka pasang je lah seberapa banyak dengan sesuka hatinya. Aku adalah salah seorang dari blogger yang memang suka pasang macam-macam plugin dalam blog, sehinggakan pihak hosting menasihati aku untuk mengurangkan penggunaan plugin, terutamanya plugin yang berat.

Namun begitu, tidak pernah pula aku terfikir mengenai hidden link yang terdapat dalam plugin-plugin. Ish! Entri ini telah menyedarkan aku agar berhati-hati dalam memilih plugin yang benar-benar dirasakan penting dan selamat untuk dipasang di blog. Memang tak perlu kot nak pasang plugin banyak-banyak sangat. Malah aku pernah terbaca, blog yang hebat tu, hanya ada pasang 7 sahaja plugin. Hmm… aku masih lagi lemah dalam bab memilih plugin terpenting ni. Ilmu blogging aku masih lagi ciput. 🙁

5. Cara Meningkatkan Trafik Blog (PR 1)

Selain dari teknik SEO, trafik blog adalah sangat penting di mana ia juga merupakan nadi nafas sesuatu blog. Tanpa trafik yang masuk ke blog, blog memang hanya akan menjadi 1 laman yang bersawang. Aku masih lemah dalam bab meningkatkan trafik blog ini. Membaca entri ini telah memberikan aku idea tentang entri apa yang perlu aku buat. Cuma, yang terakhir tu, cara yang kelima tu, macam agak sukar untuk aku buat. Bagi aku, ianya memerlukan network, dan ini adalah salah satu kelemahan aku dalam blogging. Sob sob sob. 🙁 Namun begitu, InsyaAllah, akan diusahakan suatu hari nanti.

6. Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO (PR 1)

rich snippet ariff shah

Rich Snippet Ariff Shah

Yang ni, kalau Ariff Shah tak cerita pasal Rich Snippet ni, aku pun tak tahu menahu mengenainya. Kalau tak baca entri ni, aku pun tak nampak kepentingan Rich Snippet dan betapa Rich Snippet ni sangat membantu dalam membentuk kredibiliti dan kepercayaan kepada pembaca yang mencari input di internet. Selepas membaca entri ni, aku perhatikan, memang betul, entri blog yang ada Rich Snippet memang mendapat keutamaan dimata pak cik Google. Walaupun entri ini ringkas, tapi padat dan mudah difahami. Cuma sekarang ni, aku masih belum berkesempatan lagi untuk buat Rich Snippet blog ni. Huhu… 🙁 Aku ni memang lambat sikit bertindak walaupun dah tahu kebaikannya. Tapi dalam hati tu, tetap ada rasa cemburu tengok rakan-rakan blogger yang ada Rich Snippet. Huhu..

7. Belajar SEO On-Page Daripada Analisis SEOMoz Pro (PR 1)

analisa seo on page seo moz pro

Bila disebut mengenai SEO dan juga menempatkan diri di page pertama search engine, ramai yang akan ada target dalam kepala untuk membina backlink sebanyak mungkin. Tapi, ramai yang tak menyedari bahawa SEO On-Page juga memainkan peranan yang penting walaupun ramai yang mengatakan SEO Off Page lebih kuat kesannya dalam SEO.

Analisis On Page ini penting bagi memastikan entri yang dihasilkan betul-betul mantap untuk sesuatu keyword yang kita ingin tonjolkan dalam sesuatu entri. Banyak perkara yang boleh dipelajari dalam entri ni dan banyak juga istilah yang aku tak faham. Berkerut jugalah dahi ni membaca istilah-istilah tu. Tapi takpe, entri ni memang sangat jelas dan berjaya mengurangkan kerutan didahi ku ini. Hehe 😀 Nak tahu apa yang penting dalam On Page?. Baca entri ini. Nescaya anda juga akan kerutkan dahi macam aku. Cewah, takdelah. Kalau familiar dengan istilah-istilah yang digunakan, takdenya nak berkerut dahi tu. 😀

BACA JUGA :  CONTEST GAMBAR TAK NAMPAK MUKA PALING COOL

8. SEO Kujie2.com Memang Sedap (PR 1)

Fuuhh! Kak Jie memang mantap. Walau Kak Jie sering menggelarkan dirinya blogger makcik-makcik, tapi pengalaman blogging Kak Jie memang dah masak ranum. Hidup Biar Sedap, SEO Kak Jie memang sedap. Rasa kagum melihat “Heading & Pharase Elements” Kujie2.com ni :

seo blog kak jie kujie2.com

Macam mana, ya Kak Jie buat?. Dulu-dulu masa sebelum aku ter’jadi’ blogger, memang selalu je aku jumpa artikel Hidup Biar Sedap. Lepas aku jadi blogger, baru aku tahu, oh, itu blog Kak Jie. Memang blog Hidup Biar Sedap ni mendapat tempat dimata Google. Rasanya bukan DH sahaja yang nak tahu macam mana Kak Jie setting SEO, blogger lain semua pun nak tahu juga. Memang mantap lah Kak Jie ni. Aku dah check, blogh aku pun cuma ada H1 dan H2 je. H3 dia ke sidebar pula. Macam mana nak repair, aku pun tak reti lagi. huhu… 🙁 Best betul kalau dapat setting macam Kak Jie ni.

9. Nine Proven Website SEO Tips (PR – N/A)

 Jika kita cari tip SEO, memang berlambak-lambak di internet ni. Namun, tidak semua tip yang diberitahu adalah praktikal dan sangat membantu dalam membangunkan blog/website yang mempunyai kuasa SEO yang cukup power. Entri Nine Proven Website SEO Tips ini  memberikan Tip SEO yang praktikal dan mampu menghasilkan website / blog yang bagus jika kita ikut setiap step yang diberikan. Kadang kala, proses membangunkan sesuatu blog memang agak melecehkan. Kalau hentam keromo je memanglah senang. Sekejap je dah siap. Tapi, bila bina blog ikut rules yang sepatutnya, rasa macam kerja renyah je. Tapi kalau dah biasa buat, alah bisa tegal biasa. Practice Make Perfect! 😀

10. Tips SEO : Cara buat Link Wheel Dalam SEO (PR 1)

link wheel seo

link wheel seo

Aku paling suka entri ini walaupun pertama kali membaca entri ni aku tak faham apa yang Maliq (penulis entri ini) cakapkan. Masa tu, aku baru-baru nak belajar SEO. Haruslah aku pening baca entri ni. Tapi aku baca juga sampai ke noktah yang terakhir. Aku baca dan baca sehingga aku rasa aku dapat fahamkan apa yang cuba disampaikan.

Walaubagaimanapun, aku cuma faham sahaja, tapi untuk praktikkan ilmu yang disampaikan, aku terasa berat. Kerana ia melibatkan komitmen yang tinggi, perancangan yang teliti dan juga consistent dalam menjayakan apa yang dirancang. “Gagal merancang, merangcang kegagalan”. Tapi perancangan sahaja tidak memadai jika tak disusuli dengan tindakan. Apa pun, jauh di sudut hati aku, aku ingin sekali mempraktikkan apa yang Maliq ajar dalam entri Cara Buat Link Wheel Dalam SEO ni. 😀

InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 😀

“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat jom serbu Denaihati.com”.

p/s: Pheww… nasib baik satu je entri  yang N/A. Walau dapat PR tertinggi 3, kebanyakannya PR 1, at least 9/10 entri ada PR.

Sumber gambar: Denaihati.com

error: Content is protected !!