PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

by syaisya on August 31, 2012

MAKLUMAT JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian / Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

TUGAS PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

JADUAL GAJI PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT :

pegawai pembangunan masyarakat S41

gaji pegawai pembangunan masyarakat S41

 

SYARAT LANTIKAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT:

  1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau
  2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan
  3. Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

JADUAL PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

SPA telah memanggil calon-calon untuk menduduki Peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat pada 15 September 2012.

>> Contoh soalan dan jawapan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat <<

Lebih banyak contoh soalan dan jawapan peperiksaan pegawai pembangunan masyarakat untuk semua seksyen boleh didapati di SINI.

Like FB syaisya.com untuk mendapatkan update terkini tentang peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41. :D Tekan butang like / share di bawah untuk kongsi maklumat mengenai Pegawai Pembangunan Masyarakat ini dengan rakan-rakan anda di FB.

Sumber: Portal SPA.

Share

{ 9 comments… read them below or add one }

kartikel.com August 31, 2012 at 8:54 am

link FB syaisya.com tu tak betul..

Reply

syaisya August 31, 2012 at 9:26 pm

terima kasih bagitau. dah betulkan :D

Reply

zool August 31, 2012 at 10:10 am

Hm..boleh tahan gaji tu….

Reply

syaisya August 31, 2012 at 9:27 pm

memang boleh tahan. tu tak termasuk segalam macam elaun lagi.

Reply

cik tom September 3, 2012 at 2:15 am

pantas update..ciktom br jeling2..hee…
goodluck kpd calon2!!

Reply

syaisya September 3, 2012 at 5:13 pm

update tak seberapa je ni.

Reply

ayu n17 September 3, 2012 at 11:48 am

gaji maximum tu kalau keja dah nak pencen……i minat S41 ni..tapi tapi belum rezeki lagi

Reply

syaisya September 3, 2012 at 5:11 pm

Ayu dipanggil untuk exam 15 sept ni juga ke?. atau pernah sit exam ni.

Reply

Denaihati September 5, 2012 at 9:52 pm

good luck untuk semua calon. susah juga soalan2 ni.

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: