Hari tu balik kampung sempat singgah sekejap kedai buku Popular. Kat pintu masuk kedai tu, terpampang pula promosi baucar 30% diskaun tiket Legoland Malaysia. Oh, teruja aku melihatnya, lalu bertanya pada cashier di kaunter.
Menurut cashier tu, voucher 30% diskaun off day tiket Legoland Malaysia ni akan diberikan kepada ahli kad Popular yang membuat belian RM50 ke atas dalam 1 resit. Limit untuk setiap orang 4 voucher. Hoho.. best ni. At least dapat juga diskaun kalau nak masuk Legoland Malaysia ni.
HARGA TIKET LEGOLAND MALAYSIA
Harga 1-Day tiket:
Tiket | Harga Biasa | ||
Dewasa (12-59 tahun) | RM 140 | ||
Kanak-kanak (3-11 tahun) | RM 110 | ||
Warga emas (60 tahun ke atas) | RM 110 |
Sekarang ni tengah ada promosi Annual Pass Legoland Malaysia.
HARGA ANNUAL PASS LEGOLAND MALAYSIA
Tiket | Harga Biasa | Harga Promosi |
Dewasa (12-59 tahun) | RM275 / SGD115 | RM245 / SGD102 |
Kanak-kanak (3-11 tahun) | RM210 / SGD88 | RM180 / SGD75 |
Warga emas (60 tahun ke atas) | RM210 / SGD88 |
KELEBIHAN ANNUAL PASS LEGOLAND MALAYSIA
1. Menikmati diskaun RM 30.00 / SGD 13.00 (Limited time offer).
2. Unlimited entry!. Boleh masuk ke dalam Legoland Malaysia ni seberapa banyak kali yang anda nak. termasuk hari minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Nak masuk tiap-tiap hari pun boleh, kalau larat dan tak de kerja lain nak buat. hehe 😀
3. Annual pass ni hanya sah untuk 12 bulan dari tarikh penebusan dibuat. So, selama setahun tu, kalau tak nak rugi beli pass ni, datanglah ke Legoland selalu. Baru boleh rasa berbaloi-baloi beli pass ni.
JUALAN TIKET PROMOSI LEGOLAND MALAYSIA
Wow! Harga boleh tahan mahal?. Hehe… Don’t worry, tiket promosi untuk 1-Day tiket dan juga annual pass ni boleh di beli di lokasi-lokasi berikut:
- Travel Carnival, Hall 5A Singapore Expo: 4 Ogos 2012 – 5 Ogos 2012, 10.00am – 10.00pm.
- AEON Tebrau City, Johor Bahru: 24 Julai 2012 – 29 Julai 2012, 10am -9pm (Alamak! dah lepas lah. huhu)
- Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC), Danga Bay*: Setiap hari Sabtu dan Ahad, 2pm – 7pm (mulai 28 April 2012)
*Dalam bangunan yang sama dengan Kong Inn Seafood Restaurant dan berdekatan Lazio Italian Restaurant.
Tiket boleh beli secara online di website rasmi Legoland Malaysia.
ADA APA DI LEGOLAND MALAYSIA
Ramai yang tertanya-tanya. Apa ada kat Legoland?. Haaa…layan gambar, yok. Picture Tells Thousand of Words!

Lego KLCC Petronas Twin Tower Legoland Malaysia

Pintu masuk The Dragon Coaster

The Dragon Coaster
PERASMIAN LEGOLAND MALAYSIA
Legoland Malaysia akan dirasmikan pada 15 September 2012.
Tengok gambar-gambar ni, memang rasa nak pergi je. Rasanya memang aku akan pergi Legoland ni. Kalau boleh nak datang time perasmian. Mesti meriah! Bukan jauh pun. Dekat je dengan tempat tinggal aku. Cuma rasanya kenalah kumpul rakan-rakan yang berminat untuk pergi sekali. Pergi sorang-sorang tak best lah kan. Owh, kalau bawa anak sedara aku ni mesti lagi seronok ni!. Yosh! Aku akan goda adik dan adik ipar aku untuk pergi sini. hehe 😀
Legoland Malaysia ni terletak di Nusajaya, Johor Bahru berdekatan dengan jambatan kedua ke Singapura. Memang rasanya orang Singapura pun akan suka datang ke Legoland ni nanti. Kira macam tukar lah juga, kan. Orang Malaysia suka pergi Universal Studios Singapore. Aku pernah pergi USS ni, tapi tak masuk dalam lah. Bergambar kat globe tu je. 😀
PETA LEGOLAND MALAYSIA

Map Legoland Malaysia
Lebih banyak gambar Legoland Malaysia boleh dilihat di FB Official Legoland Malaysia.
Kongsi artikel Legoland Malaysia ini dengan rakan-rakan anda di FB dengan menekan butang Like/Share ini.
mcm best..tp tiket die mmg dsyt..hehe
tu lah memang dahsyat. tu yang kena bli time promo tu. dapat pergi sekali je pun jadi lah.
menarik tempat nih.. tapi apakah daya jauh dari rumah saya..
kalau datang ke JB, boleh lah singgah
harga masuk legoland mahal macam pistol,baiklah aku beli pistol boleh tembak orang,,,,,
aku terdengar macam ada diskaunt,, tapi baik tak payahlah nak diskaunt ,,pasal lebih kurang je harganya
diskaun memang tak berapa banyak, tapi dapat lah jimat sikit. Beli pistol, nak tembak orang ke?
mahal !!!! ……………. lebih baik beli tiket yg tahunan punya. tambah RM 135 jer kn. pastu korang leh main aper jer kat dlm tu smpai lebam pn xper.hari2 lg pulak tu..hehe.
yup. memang lebih baik beli annual pass. boleh masuk tiap2 hari. dengarnya, tahun depan akan lebih best.
tpi mne nk cari prmainan lego yg ori selain beli kt legoland malaysia