RM100 DARI DENAIHATI.COM

by syaisya on August 8, 2012

Setelah beberapa hari tak blogging, asyik hadap jurnal je, sikit lagi nak siap tapi aku ala-ala dah tak boleh nak hadap jurnal lagi. Isk isk uwaaa…. Jadi, buat sementara ni, aku nak buat kerja lain dulu. Saja je, alihkan tumpuan sekejap. Supaya otak aku ni boleh refresh balik. Lepas ni boleh lah aku buat kerja dengan lebih efficient lagi. :D Hopefully!

Oklah, wahai blog yang dah dibiarkan sepi beberapa hari tanpa sebarang update, last sekali entri Dato’ Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Badminton Men Single. Kalau Ahad lepas, kita tengok Dato’ LCW menangis, malam tadi pula, Azizul Hasni Awang pula tak dapat memberikan kilauan emas kepada Malaysia dalam acara Keirin kegemaran beliau.

azizul hasni awang rocket pocket man

Azizul Hasni Awang The Rocket Pocket Man. Sumber gambar dari Mylaunchpad

Aku tengok kat youtube Olimpik je. Nasib baik wifi uni OK semalam, so dapatlah tengok. Tu pun, masa final Rocket Pocket Man nak start lawan je, ada error pula. So, terpaksa aku tutup semula tetingkap youtube tu, buka balik. Lepas dia habis lawan, baru aku dapat tengok. So, aku replay je lah. Tapi, lepas habis je lawan, mak aku dah mesej dah, bagi tahu yang Azizul dapat tempat terakhir. Takde rezeki Azizul malam tadi walau dia dah beraksi cemerlang berada di hadapan ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan, tapi lagi 50 meter menuju ke garisan penamat, beliau dihalang oleh Mulder yang menyebabkan pelumba lain berjaya memintasnya.

Kesian kat Rocket Pocket Man. Memang nampak kesungguhan dia ketika bertanding. Mana ada orang masuk bertanding nak kalah, kan. Even masuk contest kat blog ni pun, kalau boleh nak lah menang juga kan, walau tak mengharap sangat untuk menang dan masuk contest untuk suka-suka je. Tu belum bertanding dengan membawa harapan menggunung orang lain lagi. Baru harapan diri sendiri je. Owh, bukan senang jadi atlit negara, bertanding di arena sukan bertaraf antarabangsa. Dulu-dulu wakil sekolah masuk MSSD je pun, dah nervous dah masa bertanding tu :D  Takpe, Azizul boleh cuba lagi dalam pertandingan lain.

Ok, cukuplah mukadimah tu. Sebenarnya lama dah nak buat entri ni. Tapi terpaksa ditangguhkan sebab nak siapkan kerja punya pasal. Haruslah aku mengutamakan pelajaran dulu. Cewah, ayat dah macam pelajar cemerlang je. :P Padahal sem-sem sebelum ni banyak sangat aku leka dengan internet ni. Bila dah nak final sem ni, mulalah menggagau, jadi macam lipas kudung dah. Padan muka aku!.

3 Ogos lalu, aku ada redeem Punchtab rewards kat Denaihati.com. Setelah beberapa bulan aku kumpul point di Denaihati.com, akhirnya aku berjaya capai jumlah points yang aku kehendaki, iaitu 25,000 points untuk membolehkan aku menebus wang tunai RM100.

Rewards punchtab denaihati

Redeem rewards punchtab @Denaihati.com

 

Lepas tekan button redeem kat punchtab dashboard, akan receive emel seperti dalam gambar di atas. Then emel ni aku forwardkan ke Denaihati di saya(at)denaihati.com. 2 hari kemudian, aku dapat emel dari Denaihati, disertakan screen shot pembayaran telah selesai dilakukan. Cepat je Denaihati bayar. :D

RM100 dari Denaihati

RM100 dari Denaihati

Terima kasih, saudara Amir Hassan di atas pembayaran yang dilakukan. Moga rezeki bro semakin murah. :D

Ok, apa aku buat dengan RM100 dari Denaihati.com ni?.

bayar ptptn online

bayar ptptn online

Taraaa! Aku bayar PTPTN secara online je kat laman Anjung melalui FPX. Mudah untuk membayar hutang, semuanya dihujung jari je. Cuma nak bayar atau tak, je. Hehe… :D Kalau tengok amount yang aku bayar tu, RM120. Tapi aku dapat RM100 je dari Denaihati ni kan, mana datang lagi RM 20?. Lagi RM 20 tu aku dapat hasil dari menang komen terbaik di Eyriqazz.com dan menang saguhati dari Giveaway pertama Jebeng Otai.

Memang aku ada niat, hasil duit blogging, nak bayar PTPTN. So, bila dah niat tu, kenalah tunaikan, kan. Aku anggap niat ni macam janji dengan Allah dan juga janji pada diri sendiri. :D Sebenarnya, ada banyak je lagi duit dari blog yang aku dapat, tapi tak semua disalurkan ke PTPTN. Hehe… biasalah kan, dalam hidup ni ada macam-macam keperluan lain. Kalau aku salurkan semua untuk bayar PTPTN ni, memang dah lama aku habis bayar hutang PTPTN ni. Tinggal seikit je lagi pun, hutang tu. :D Kalau tengok kat gambar PTPTN di atas tu, aku ada buat pembayaran RM 80.00 sebelum Ogos. Haaa.. RM 80 tu aku dapat dari pengiklanan Exabytes, masa program 100 Bloggers awal tahun ni.

Memang macam-macam dah aku dapat dari blogging ni. Hasil dari blog memang menggembirakan hati blogger picisan seperti aku ni. Apapun, ini adalah kali ke-2 aku redeem points kat blog Denaihati.com. Cuma ini kali pertama aku redeem cash. Sebelum ni, aku redeem Top Up RM50. Setakat ni, memang DH tak pernah miss berikan ganjaran Punchtab rewards setiap kali aku redeem.

Macam mana nak kumpul points kat Denaihati ni?. Rajin-rajinlah datang ke blog Denaihati.com setiap hari, retweet entri dan tinggalkan komen. Tapi aku selalu tak dapat point lepas tinggalkan komen, tak tahu nape. Tapi aku tak kisah lah. Best tinggalkan komen kat blog DH ni, ada commentluv dan biasanya aku dapat trafik dari DH ni, hasil dari komen yang aku tinggalkan :D. Ganjaran yang diperolehi bukan setakat wang tunai, tapi dari pelbagai aspek lain lagi. Owh, join Denaihati Network, lagi macam-macam event menarik dan macam-macam lagi yang rakan blogger boleh dapat. Enjoy!

p/s: Tinggal RM 1k je lagi hutang PTPTN ni. InsyaAllah, tahun depan habislah aku bayar. Moga aku dipanjangkan umur untuk settlekan hutang dulu sebelum mata terpejam untuk selama-lamanya. :D

Share

{ 39 comments… read them below or add one }

Admin SukaAku August 8, 2012 at 2:45 pm

ha’ah rezeki kan..tahniah…hehehe..:)

Reply

syaisya August 8, 2012 at 2:51 pm

terima kasih :D

Reply

titan August 8, 2012 at 3:18 pm

eleh. leh bayar habis terus kan? kan?

Reply

syaisya August 8, 2012 at 11:19 pm

ehehe… memang boleh bayar habis terus. tu lah, mak aku pun marah, tinggal sikit tak habis2 bayarnya. hehe :D InsyaAllah, tengoklah camne. tapi cam terasa juga if nak bayar 1k terus. Paling kuat pun aku byr 200 dlm 1 transaksi. :P

Reply

sha August 8, 2012 at 4:49 pm

tahniah sbb dpt rewards dari DH

bagusnya :)

Reply

syaisya August 8, 2012 at 11:21 pm

terima kasih kak Sha. :D Seronok dapat rewards ni. Rasanya tawaran puchtab kat DH paling best. Tapi Sya pun selalu je miss, kadang2 seharian tak jengok blog DH. Ada kelapangan, Sya jenguklah.

Reply

puanbee August 8, 2012 at 7:55 pm

Lepas dah duit PTPN bulan ni kan ..hikss

Reply

syaisya August 8, 2012 at 11:21 pm

Haah PB. Lepas lah kan, at least amount tu berkurangan. Dah lama amount tu statik cenggitu je. hehe :D

Reply

Azydy August 9, 2012 at 12:08 am

haha.. rezeki di bulan ramadhan tu..

Reply

syaisya August 9, 2012 at 3:54 am

Tu lah, Alhamdulillah, di bulan yang mulia ni, nampak rezeki melimpah ruah :D

Reply

Sop August 9, 2012 at 12:15 am

tahniah
rezeki raya :)

Reply

syaisya August 9, 2012 at 3:54 am

Rezeki Ramadhan dan rezeki PTPTN. hehehe :D

Reply

auc dot com August 9, 2012 at 12:31 am

auc pun sikit je lagi dpt RM100 sebelum raya ni boleh tebus la tu :)

Reply

syaisya August 9, 2012 at 3:53 am

tu betul2 duit raya tu. bolehlah bagi Sya duit raya :D

Reply

Nadot August 9, 2012 at 12:46 am

Waahh..best gile..bayar ptptn gune duit hasil blogging je…x yah kuar duit dari lain… *jeles mode* hehehe ;)

Reply

syaisya August 9, 2012 at 3:53 am

owh, bukan kesemuanya dibayar menggunakan duit blogging. Separuh telah dibayar menggunakan duit biasiswa. Lagi separuh mostly duit blogging. Sya pinjam PTPTN 5k je :D

Reply

lepakk.com August 9, 2012 at 1:08 am

Perghhh sekali tulis macam-macam cerita keluar haha.. Salam dari new blogger

Reply

syaisya August 9, 2012 at 3:51 am

haha.. ni balas dendam namanya. Salam kenal :D

Reply

icee August 9, 2012 at 1:42 am

Waa..rezeki tu.bguslah dapat jugak merasa hasil berbloggingkan:-)

Reply

syaisya August 9, 2012 at 3:51 am

Yup, Alhamdulillah. Dapatlah rasa macam2. :D

Reply

TiranaAduka August 9, 2012 at 3:20 am

Assalamualaikum wbth
syukur masih ada yang melaksanakan tanggung jawab selaku peminjam….
Tahniah dari TA

Reply

syaisya August 9, 2012 at 3:57 am

Wa’alaikumussalam. Bak kata adik Sya, dah nama pun pinjam, kena lah pulang balik. :D Sikit je lagi tu.

Reply

eryati August 9, 2012 at 4:57 am

tahniah..sy pun bru dpt..tp topup rm30 aje..ehehhee…dah dua kali dah

Reply

syaisya August 9, 2012 at 1:56 pm

Tahniah, dah 2x redeem. Sya prefer redeem cash, sebab kredit telefon banyak lagi. :D

Reply

misz eyza August 9, 2012 at 9:29 am

wah seronoknya sya dapat duit raya awal hihi…tahniah tahniah bukan senang org nak bagi duit tue.

Reply

syaisya August 9, 2012 at 1:57 pm

terima kasih. lama kumpul tu. beberapa bulan lah, tapi tak ingat berapa bulan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit :D

Reply

Jebeng Otai™ August 9, 2012 at 11:17 pm

selamat x bgi topup..hehe :)

Reply

syaisya August 9, 2012 at 11:42 pm

ehehe.. kredit Sya ada rm152 lagi ni balance.

Reply

ecadwinkyasha August 10, 2012 at 12:36 am

wahhh,untung.nak juga mcm ne….eca hutang 39k dgn ptptn…hehehehe.next year,baru nak mula byr :D

Reply

syaisya August 16, 2012 at 5:49 pm

isk2.,.. kena start bayar tu cepat2. Kalau tak sampai dah bercucu tak habis bayar. :D Kalau 39k, tu rasanya bayar dalam RM2-3 ratus sebulan baru berbaloi, baru nampak yang hutang tu berkurang. Kalau bayar sikit2, nanti nampak amount tu naik balik.

Reply

irsah August 10, 2012 at 1:44 am

wahh tahniah sis… rezeki ramadhan… singgah sahur sebentar… heeee

Reply

syaisya August 16, 2012 at 5:47 pm

Alhamdulillah, rezeki. Baru2 ni ada lagi dapat RM dan hadiah dari blogger, tapi tak buat entri lagi. Tak menang tangan nak menaip sekarang ni.

Reply

padin August 10, 2012 at 11:30 pm

wohaa bestlah PTPTN tinggal 1k je lagi…. bagus jugak,
ade duit tambahan boleh tampung mana yang patut :D

Reply

syaisya August 16, 2012 at 5:45 pm

memang best dah tinggal 1k je. tapi lagi best if dia jari 0. hehe :D Lega kalau dah takde hutang ni.

Reply

haimamamia August 12, 2012 at 5:38 pm

Saya dah redeem ini Redemption Pre Paid – RM30 Celcom/Maxis//Digi pada 3/4/2012, sampai sekarang tak terima langsung, but complaint pun admin tak reply, bukan saya saja, 2 orang kawan saya lagi lama, dah tunggu 1 tahun pun tak reply, kami ingat ini cheat page saja nak tipu kami, baru dapat tahu you dah redeem, kenapa macam ni? Atau admin tat page select ppl bagi rewards??? siapa boleh jawab????

Reply

syaisya August 14, 2012 at 3:15 pm

First time dulu Sya redeem pun tunggu punya tunggu beberapa minggu, tak dapat apa2. Sehingga lah 1 hari tu, Sya terbaca dalam entri yang ada di Denaihati, nak tebus perlu mengikut cara yang betul, barulah penebusan boleh dilaksanakan. Lepas follow step-step yang dinyatakan, barulah lepas tu Sya dapat top up tu. Mungkin ada kesilapan cara penebusan yang haimamamia dan rakan-rakan buat. Sebenarnya dekat blog Denaihati, dibawah setiap entri ada dinyatakan cara-cara untuk redeem. Baca betul2, follow step by step yang simple tu, mesti boleh dapat apa yang diredeem tu. Good luck :D

Reply

shaharil August 14, 2012 at 12:54 am

Tahniah, dapat hadiah daripada Blogger Denaihati.

Reply

yimaster August 21, 2012 at 2:48 pm

sya.. minta half boleh?? =D

Reply

syaisya August 28, 2012 at 2:07 am

hehe.. dah selamat digunakan semua. camne nak bagi half :D

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: