Setelah beberapa hari tak blogging, asyik hadap jurnal je, sikit lagi nak siap tapi aku ala-ala dah tak boleh nak hadap jurnal lagi. Isk isk uwaaa…. Jadi, buat sementara ni, aku nak buat kerja lain dulu. Saja je, alihkan tumpuan sekejap. Supaya otak aku ni boleh refresh balik. Lepas ni boleh lah aku buat kerja dengan lebih efficient lagi. πŸ˜€ Hopefully!

Oklah, wahai blog yang dah dibiarkan sepi beberapa hari tanpa sebarang update, last sekali entri Dato’ Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Badminton Men Single. Kalau Ahad lepas, kita tengok Dato’ LCW menangis, malam tadi pula, Azizul Hasni Awang pula tak dapat memberikan kilauan emas kepada Malaysia dalam acara Keirin kegemaran beliau.

azizul hasni awang rocket pocket man

Azizul Hasni Awang The Rocket Pocket Man. Sumber gambar dari Mylaunchpad

Aku tengok kat youtube Olimpik je. Nasib baik wifi uni OK semalam, so dapatlah tengok. Tu pun, masa final Rocket Pocket Man nak start lawan je, ada error pula. So, terpaksa aku tutup semula tetingkap youtube tu, buka balik. Lepas dia habis lawan, baru aku dapat tengok. So, aku replay je lah. Tapi, lepas habis je lawan, mak aku dah mesej dah, bagi tahu yang Azizul dapat tempat terakhir. Takde rezeki Azizul malam tadi walau dia dah beraksi cemerlang berada di hadapan ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan, tapi lagi 50 meter menuju ke garisan penamat, beliau dihalang oleh Mulder yang menyebabkan pelumba lain berjaya memintasnya.

Kesian kat Rocket Pocket Man. Memang nampak kesungguhan dia ketika bertanding. Mana ada orang masuk bertanding nak kalah, kan. Even masuk contest kat blog ni pun, kalau boleh nak lah menang juga kan, walau tak mengharap sangat untuk menang dan masuk contest untuk suka-suka je. Tu belum bertanding dengan membawa harapan menggunung orang lain lagi. Baru harapan diri sendiri je. Owh, bukan senang jadi atlit negara, bertanding di arena sukan bertaraf antarabangsa. Dulu-dulu wakil sekolah masuk MSSD je pun, dah nervous dah masa bertanding tu πŸ˜€Β  Takpe, Azizul boleh cuba lagi dalam pertandingan lain.

Ok, cukuplah mukadimah tu. Sebenarnya lama dah nak buat entri ni. Tapi terpaksa ditangguhkan sebab nak siapkan kerja punya pasal. Haruslah aku mengutamakan pelajaran dulu. Cewah, ayat dah macam pelajar cemerlang je. πŸ˜› Padahal sem-sem sebelum ni banyak sangat aku leka dengan internet ni. Bila dah nak final sem ni, mulalah menggagau, jadi macam lipas kudung dah. Padan muka aku!.

3 Ogos lalu, aku ada redeem Punchtab rewards kat Denaihati.com. Setelah beberapa bulan aku kumpul point di Denaihati.com, akhirnya aku berjaya capai jumlah points yang aku kehendaki, iaitu 25,000 points untuk membolehkan aku menebus wang tunai RM100.

Rewards punchtab denaihati

Redeem rewards punchtab @Denaihati.com

 

Lepas tekan button redeem kat punchtab dashboard, akan receive emel seperti dalam gambar di atas. Then emel ni aku forwardkan ke Denaihati di saya(at)denaihati.com. 2 hari kemudian, aku dapat emel dari Denaihati, disertakan screen shot pembayaran telah selesai dilakukan. Cepat je Denaihati bayar. πŸ˜€

RM100 dari Denaihati

RM100 dari Denaihati

Terima kasih, saudara Amir Hassan di atas pembayaran yang dilakukan. Moga rezeki bro semakin murah. πŸ˜€

Ok, apa aku buat dengan RM100 dari Denaihati.com ni?.

bayar ptptn online

bayar ptptn online

Taraaa! Aku bayar PTPTN secara online je kat laman Anjung melalui FPX. Mudah untuk membayar hutang, semuanya dihujung jari je. Cuma nak bayar atau tak, je. Hehe… πŸ˜€ Kalau tengok amount yang aku bayar tu, RM120. Tapi aku dapat RM100 je dari Denaihati ni kan, mana datang lagi RM 20?. Lagi RM 20 tu aku dapat hasil dari menang komen terbaik di Eyriqazz.com dan menang saguhati dari Giveaway pertama Jebeng Otai.

Memang aku ada niat, hasil duit blogging, nak bayar PTPTN. So, bila dah niat tu, kenalah tunaikan, kan. Aku anggap niat ni macam janji dengan Allah dan juga janji pada diri sendiri. πŸ˜€ Sebenarnya, ada banyak je lagi duit dari blog yang aku dapat, tapi tak semua disalurkan ke PTPTN. Hehe… biasalah kan, dalam hidup ni ada macam-macam keperluan lain. Kalau aku salurkan semua untuk bayar PTPTN ni, memang dah lama aku habis bayar hutang PTPTN ni. Tinggal seikit je lagi pun, hutang tu. πŸ˜€ Kalau tengok kat gambar PTPTN di atas tu, aku ada buat pembayaran RM 80.00 sebelum Ogos. Haaa.. RM 80 tu aku dapat dari pengiklanan Exabytes, masa program 100 Bloggers awal tahun ni.

Memang macam-macam dah aku dapat dari blogging ni. Hasil dari blog memang menggembirakan hati blogger picisan seperti aku ni. Apapun, ini adalah kali ke-2 aku redeem points kat blog Denaihati.com. Cuma ini kali pertama aku redeem cash. Sebelum ni, aku redeem Top Up RM50. Setakat ni, memang DH tak pernah miss berikan ganjaran Punchtab rewards setiap kali aku redeem.

Macam mana nak kumpul points kat Denaihati ni?. Rajin-rajinlah datang ke blog Denaihati.com setiap hari, retweet entri dan tinggalkan komen. Tapi aku selalu tak dapat point lepas tinggalkan komen, tak tahu nape. Tapi aku tak kisah lah. Best tinggalkan komen kat blog DH ni, ada commentluv dan biasanya aku dapat trafik dari DH ni, hasil dari komen yang aku tinggalkan :D. Ganjaran yang diperolehi bukan setakat wang tunai, tapi dari pelbagai aspek lain lagi. Owh, join Denaihati Network, lagi macam-macam event menarik dan macam-macam lagi yang rakan blogger boleh dapat. Enjoy!

p/s: Tinggal RM 1k je lagi hutang PTPTN ni. InsyaAllah, tahun depan habislah aku bayar. Moga aku dipanjangkan umur untuk settlekan hutang dulu sebelum mata terpejam untuk selama-lamanya. πŸ˜€