adam dan hawa drama

Drama Adam dan Hawa

Drama Adam & Hawa sebanyak 80 episod akan ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 10 mlm setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134). Ramai yang tak sabar nak tengok drama Adam dan Hawa ni. Drama adaptasi novel Adam Dan Hawa hasil tulisan novelis terkenal Aisya Sofea sememangnya diminati ramai.

Tapi sayang, kan, tak ramai yang ada melanggan Astro Mustika. Ada yang sanggup melanggan Astro Mustika semata-mata untuk Adam Dan Hawa, tapi ramai juga yang tak sanggup. Jadi, untuk yang tidak melanggan Astro Mustika, boleh lah tengok kat Astrogempak ( http://www.astrogempak.com.my/ ). Tetapi untuk episod 1-4 sahaja  iaitu dari 27-30 Ogos je. 😀 Kalau nak tengok episod-episod berikutnya, kenalah tunggu kot ada yang upload kat youtube, atau ada laman web yang upload drama Adam dan Hawa ni, boleh lah tengok secara online ataupun download Adam dan Hawa ni nanti. Aku pun tak melanggan Astro Mustika juga. Dan rasanya tak sempat kot nak layan cerita ni. 80 episod tu. Tapi kalau dapat download banyak-banyak, pastu buat marathon bila dah penat study, boleh kot. hehe 😀

Penggambaran drama Adam dan Hawa ini kebanyakannya dilakukan di Perth, Makkah serta India (Taj Mahal).

PELAKON ADAM DAN HAWA

 

Aaron Aziz – Adam Mukhriz
Nadiya Nisaa – Ain Hawani
Elfaeza Ul Haq
Dazrin Kamarudin – Johan
Shakila
Putri Sara
Anzalna Nasir
Norman Hakim
Rozie Rashid
Amyza Aznan
Lidyawati
Fazilah Mansor
Aznah Hamid.

SINOPSIS ADAM DAN HAWA

 

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Antara scene Adam Dan Hawa

Antara scene Adam Dan Hawa

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.

gambar aisya sofea novel adam dan hawa

Aisya Sofea dan Ain Hawani

Aku dah baca novel Adam Dan Hawa ini beberapa tahun lalu. Novel ni akak aku yang beli. Tapi aku baca sekali je. Aku tahu ada orang dah baca novel ni sampai 10 kali. Walaupun dah beberapa tahun baca novel ni, aku masih ingat jalan ceritanya. Ain Hawani sangat tegas dan tegar meninggalkan Adam kerana rasa dirinya teraniaya. Haha.. Adam memang saje je lah, buat macam tu, supaya dapat kahwin dengan Hawa.

Drama ni 80 episod. Harap-harap tak meleret dan merapu sangat macam Drama Bicara Hati. Novel dah best, tapi drama?. Alahai… mula-mula layanlah, lama-lama pening tengok. Lagi lah pula drama ni ditayangkan di Astro Mustika. Bukan semua orang ada Astro dan yang ada Astro pun bukan semua yang beli Astro Mustika. Ramai yang kata kalau drama Adam Dan Hawa ini ditayangkan di TV3 mesti dapat rating tinggi dan ramai yang tonton. Ada juga yang kata heroin tak best. Ada yang nak Lisa Surihani, tak pun Siti Saleha yang jadi heroin. Huhu.. macam-macam permintaan. Apapun, tengok je lah nanti cerita ni macam mana.

Sumber: FB Adam Dan Hawa dan Facebook Drama Adam Dan Hawa.

Kongsi sinopsis Drama Adam Dan Hawa ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang like/share ini.