Jam ditangan menunjukkan pukul 5.50 petang. Jari-jemari masih menari-nari di atas keyboard.
“Balik lambat sikit lah. Duduk rumah pun bukannya buat apa sangat” getus hati kecilku. Namun, tak betah juga melakukan kerja lebih masa. 10 minit kemudian, Sya sudah mula menapak pulang ke rumah. Menapak berseorangan, di lorong yang sunyi dari orang luar. Berselisih dengan ramai operator-operator kilang yang lebih dikenali sebagai pemangkin ekonomi negara, Sya jalan sambil mengelakkan air ludah yang merata-rata di sepanjang jalan. Satu yang paling tidak disenanginya dengan perlakuan operator-operator import itu yang suka meludah merata-rata.
Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke rumah sewa. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai. Tidak mudah juga sebenarnya perjalanan pergi dan balik kerja, kerana terpaksa memberanikan diri lalu di lorong yang sunyi dan banyak kes ragut ni. Tapi, dek kerana tiada pilihan, terpaksa juga mengharungi. Maklumlah, tiada kenderaan lagi. Jalan kaki je lah. Antara rumah dan kilang tempat mencari rezeki, cuma dalam 15 minit sahaja berjalan kaki.
Tiba di rumah, seperti biasa, perut rasa lapar. Biasanya, kalau rajin, masak lah. Kalau malas, makan je apa yang ada. Waktu malam pula, tak tahu nak buat apa. Emmm… ni lah kehidupan seorang jurutera kilang wanita yang dirasakan tiada apa yang menarik. “Tak kira. Aku nak beli laptop juga. Tak boleh jadi ni. Bosan yang amat!. Ada laptop, beli broadband, boleh lah surfing”, tekad hati Sya.
Akhirnya sebuah laptop Dell dibeli menggunakan duit pampasan kerana diberhentikan kerja dek kerana kegawatan ekonomi yang melanda dan juga duit hasil gaji pertama di tempat kerja baru. Pakej broadband sungguh mahal ketika itu. RM108 untuk 3Gb, Maxis. Tapi ada rebate RM10 selama setahun jika menggunakan postpaid Maxis. Nak memilih pakej dari syarikat lain pun, sama je. Semuanya pun mahal.
Laptop dah ada. Internet pun ada. Apa lagi. Pulun surfing itu dan ini. Itulah kerjanya setiap malam. Tapi lama-kelamaan, rasa bosan pula. Tak tahu nak surfing apa. “Nak buat apa ni ek? Emm… bosan pula. Ok, belajar pasal cinta lah. Hehe.. “. Itu sahaja lah idea yang terlintas di fikiran Sya.
Surfing dan surfing akhirnya terjumpa satu laman sesawang yang memuatkan pelbagai artikel mengenai cinta. Blog yang dijadikan sebagai buku skrap untuk mengumpulkan artikel mengenai cinta yang dijumpai di majalah dan juga internet. “Bagus juga macam ni, kan. Buat koleksi artikel-artikel yang menarik dalam blog. Buat macam buku skrap je. Emmm.. nak kumpul artikel apa, ya?”, tanya Sya di dalam hati. Setelah berfikir beberapa detik… “Kumpul artikel-artikel yang Islamik bagus juga”, tekad hati Sya.
“Cara buat blog”. Itulah perkataan yang ditaip di Google. Langkah demi langkah dilakukan, mengikut yang tertera di laman blogger.com. Akhirnya terciptalah sebuah blog “akumerpatiputih.blogspot.com”. “Hik..hik.. budget diri ini ibarat burung merpati lah, yang nampak jinak tapi sukar didekati. Ewah!”
Bermula dengan berkongsi artikel islamik, selepas beberapa entri, Sya dah pandai meluahkan perasaan di blognya. Best woohh. “Alah, bukan ada orang baca pun”.
Maka jari ni laju je lah mengetuk keyboard. Luahkan segala rasa!.
Dari nak kumpul artikel-artikel islamik, dah jadi tempat meluahkan perasaan pula. Lari dari niat asal, betul. Hehe… Akhirnya blog itu jadi blog personal, selain daripada meluahkan perasaan, merakam detik-detik indah bercuti bersama keluarga juga. Best blogging ni rupanya. Sejak dari itu, masa Sya di rumah sudah terisi dengan perkara yang lebih bermanfaat. Daripada duduk melongo, tak tahu nak buat apa. Nak membaca, di pejabat dah terlebih membaca pula. Memang dah kerjanya perlu banyak membaca spek-spek pelanggan. Emmm…











{ 19 comments… read them below or add one }
bahaya juga tu pergi balik kerja
molek juga kalau berteman dua tiga orang
siapalah yg nak teman. jadual kerja tak sama dengan housemate. jiran-jiran pula… kami local minoriti di situ. huhu
Punca terjebak.blogging la tu…kan..?
yup. inilah puncanya.
pengalamn yg menarik…good luck utk contest ni!
terima kasih cik tom
setiap blogger ada pengalaman masing2. pengalaman cik tom mesti lagi menarik
wah dah boleh buat sinopsis drama ni…hehehehehehe
niat asal bukan nak buat sinopsis kak Sha, tapi tengah mamai masa tu, tu yang pendek je entri ni. sepatutnya panjang lagi.
hahaha. Baca mula-mula tadi kan, ingatkan baca novel sudah tadi. haha
haha.. ni entry orang tengah mamai. masa tu ingatkan due 30 sep. mamai-mamai pun buat juga entry. keesokannya baca latest entri kat eizil, extend tarikh. keh2.
gud luck ya.hehe
thanks, jebeng otai
Story agak best..good luck!
thank you. story sekerat jalan je ni.
Good luck yer…
Teringat dgn dgn nama blog akumerpatiputih tu..
rasanya dah takde orang taip lagi kot akumerpatiputih tu. hehe
tapi trafik ada juga dari sana.
em..rajin betol ko join contest sana-sini yek.
hoho..semua contest ko tibai ye sekarang. haha..
mana ada semua, setakat yang sempat je.