Notice: Trying to get property of non-object in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/frontend/schema/class-schema-utils.php on line 26

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk aku publish entri duit raya dari Eyriqazz dan bonus Aidilfitri dari Denaihati memandangkan kita masih lagi di bulan Syawal. Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati dah tamat. Keputusan tak rasmi pemenang Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati pun dah dikeluarkan. Sekarang ni tengah tempoh bertenang. Sebarang bantahan atau tak puas hati boleh dikemukakan kepada penganjur. Ada sesiapa yang nak bantah?.

Berbalik kepada tajuk di atas (dah macam surat rasmi pula bunyinya), macam mana aku boleh dapat duit raya dari Eyriqazz ni?. Sebenarnya, sekali lagi komen aku di eyriqazz.com terpilih sebagai komen terbaik. Makanya, aku dihadiahkan RM10. πŸ˜€ Aku pun tak kira dah berapa kali Eyriqazz bank in RM10 ke dalam akaun Maybank aku. Tapi yang pastinya adalah beberapa kali. Cuma belum cukup 10 kali je. πŸ˜€

duit raya dari Eyriqazz

duit raya dari Eyriqazz

Kadang-kadang, ada juga aku nampak pengumuman untuk komen terbaik di entri-entri yang berkaitan di FB Eyriqazz, tapi kadang-kadang aku pun tak tinggalkan komen. Bergantung pada keadaan semasa. Kalau entri tu aku baca sekali lalu je, kalau tak menghayati entri tu, memang susah sikit aku nak tinggalkan komen. Tak mudah juga sebenarnya nak menang komen terbaik ni. Komen tu mestilah ada value dimata tuan punya blog, barulah komen akan terpilih. Terima kasih Cikgu Iman kerana berkenan pada komen-komen Sya πŸ˜€ InsyaAllah.

Selepas beberapa hari Eyriqazz bank in RM 10, dapat pula RM 100 bonus Aidilfitri dari Denaihati apabila keputusan Bonus Aidilfitri diumumkan. Balik dari marhaban sempat buat entri 10 entri terbaik Denaihati dari kategori blogging – SEO blogging. Semangat nak jadi 20 yang terawal. Dapat lah juga jadi 20 terawal, tapi Alhamdulillah, semua blogger yang menyertai dapat RM100 tu. Fuhh… 63 blogger x RM100!. Memang Hidup Untuk Memberi ni. Terima kasih saudara Amir Hassan.

Moga rezeki bro Iman dan Amir Hasan semakin melimpah ruah :D.

p/s: Bila dah dapat RM100 ni, boleh lah bayar PTPTN lagi πŸ˜€ Lama-lama langsailah hutang PTPTN aku, hasil dari blogging ni. Memang niat nak bayar PTPTN guna duit blogging. Tahun depan boleh lah habis bayar.