Blog + Google AdSense = Duit

Buku Blog + Google AdSense = Duit

Muaz Faris dan Google Adsense. Ramai blogger yang mempunyai blog Bahasa Melayu dah dapat buat duit dengan google adsense. Apa rahsia mereka? Aku pun nak tahu juga. Masa tengah check email, terpandang email entri terbaru Muaz mengenai Giveaway Buku “Blog + Google Adsense = Duit. Owh, memang tertarik, menarik, memang da bom!. I like!.

Dah nya, aku pun tak tahu macam mana nak pasang iklang adsense kat blog bahasa melayu. Memang aku ada akaun adsense, tapi tak pasang kat blog BM. Tak reti dan masih belum meluangkan masa untuk menelaah kerenah adsense. Bukan apa, silap-silap hari bulan, kena ban pula akaun adsense aku tu. Dah lah nak dapatkannya seksa. Berapa bulan baru google reply. Tu pun, permohonan yang ke-3 kot baru berjaya. Huhu.. Memang nak kena cari tutorial cara letak iklan google adsense di blog Bahasa Melayu ni. Lagi.. kena belajar juga tip iklan google adsense di blog Bahasa Melayu. Kalau tak belajar, hentam keromo buat je, aku pun tak berani nak letak sembarangan iklan adsense di blog ni.

Ok, Macam-macam petua dan teknik terdapat dalam buku Blog + Google Adsense = Duit hasil tulisan Shamsuriyadi ni. So, aku pun nak lah kan. Ilmu tu. Mahal… Tapi disebabkan kolej baru yang aku diami ni WiFi bermasalah, jadi aku pun terlepaslah GA ni. Memang nak buat entri malam tadi. Tapi line internet tak de lah pula. Huhu… Nak top up broadband pun, gi kat mini mart kolej, top up dah habis. Macam-macam kerja nak kena settlekan, last-last tak sempat nak buat entri. Takpe, takde rezeki kali ni. Kasi chance orang lain lah pula. (ayat cover sedih). Huhu..

Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris. Jemput follow Twitter @muazfarisuntuk perkembangan terkini.”

error: Content is protected !!