Lama sangat aku dah tinggalkan blog ni. Memang dah bersawang bagai. Sekali buka blog tengok-tengok blog jadi merah macam ni. Terperanjat boboi!

reported attack page google ban blog

reported attack page

Memang suspen je rasa masa dah tu. Dah lah time tu aku dah nak tidur. Saja je buka blog sekejap sebab dah 2 minggu tak update blog. Entah bila blog start jadi macam ni, aku pun tak tahu.

Sambil tu aku cek emel. tengok ada update dari blog earncent, saja je lah aku melawat blog Titan tu. Sekali dihujung entri Titan cakap banyak lagi blog yang merah, sebab tak diasble kan kod Nuffnang. Oh, lepas baca entri Masalah Malware Inteliconcept ni, aku pun buang kod Nuffnang. Cek balik blog, Alhamdulillah, blog pulih seperti sedia kala πŸ˜€ Lepas tu aku pasang balik kod Nuffnang. Blog kekal OK. Hehe… barulah senang sikit hati ni. Iyalah, mesti lah rasa tak best bila blog bermasalah.

Masa nak pasang kod Nuffnang tu, punyalah aku tercari-cari sana sini, dimanakah button untuk kod Nuffnang. Almaklumlah, dah lama aku merajuk dengan Nuffnang ni. Tak kisah buka pun website Nuffnang. Tapi aku tahu, website Nuffnang memang dah berwajah baru. Kalau web lama senang sikit nak cari kod. Akhirnya jumpa juga kod iklan Nuffnang di website baru. Kena tekan button Manage My Blog rupanya πŸ˜€

cara pasang kod iklan nuffnang website baru nuffnang[/caption]

Ok, akhirnya aku update juga blog ni. Hampir 3 minggu tiada entry baru. Nak biasakan diri update blog lah. Blog ni bukan boleh ditinggal lama sangat. Memang mood blogging akan hilang terus nanti. Tahun baru ni, azam untuk blog, nak update tiap-tiap hari. Cuba untuk mendisiplinkan diri :D.Buat apa pun kita kena berdisiplin, kan. Hehe…. πŸ˜€

error: Content is protected !!