Alhamdulillah, akhirnya hari ni, ringan juga jari-jemari aku ni mengetuk papan kekunci untk update blog. Asyik baca jurnal, baca thesis, tulis jurnal, baca novel dan tengok cerita korea, akhirnya hari ini dapat juga update blog. Terlalu memikirkan jurnal, nak buat ayat semua tu, sampai tak terlarat buat ayat untuk entri blog.

Hari ni cek emel setelah beberapa hari tak cek email. Tengok-tengok ada notifikasi dari FB. Blogger Eca PM, bagitau aku menang Year End GA dia. Wah, menang?. Seronok ni. So, aku pun ke blog Eca dan cari entri pengumuman pemenang. Dan hasilnya, aku jumpa lah nama Sya Isya berserta hadiah yang dimenangi. Tambah teruja bila tengok hadiahnya, telekungย tajaan Qasehnya Rania.

telekung tajaan Qasehnya Rania

Sambung cek emel lagi. Tengok ada notifikasi dari Denaihati di FB, mengenai Kalah Menang Adat Bertanding. Ok, aku klik. Rupanya tu entri dari Eizil.com mengenai keputusan Blogging Contest Eizil.com. Ah, aku memang tau aku tak boleh menang kategori penulisan terbaik contest ni, sebab aku cuma siapkan tugasan pertama je. Huhu… tak dapat nak bagi komitmen pada blog sejak aku fokus kepada pelajaran ni.

Saje je lah baca entri tu, tengok siapa yang menang. Tiba-tiba… eh, syaisya.com pun ada?. Haha… suprise sungguh. Terkejut yang amat… Aku menang? Biar betik!. Kategori Referral/Backlink terbanyak pula tu. Tapi aku bukan menang hadiah utama lah, dapat saguhati. Tempat pertama dan kedua, Kak Jie dan Denaihati, mana boleh lawan wooo trafik mereka tinggi.

Walaupun saguhati, tetap teruja sebab blog ni terbiar dah berapa bulan dah, sangat jarang berupdate. Hadiah yang bakal aku dapat dari Eizil ni pula ala-ala ada kaitan je dengan aku yang dah jarang update blog ni, kan. Hadiah ebook 37 teknik hapuskan masalah kekeringan idea. ๐Ÿ˜€

ebook 37 teknik hapuskan masalah kekeringan idea

Apapun,kedua-dua kemenangan ni menyebabkan aku terpanggil untuk update blog. Saje je buat kenang-kenangan. Menang contest/GA kat blog ni, sememangnya kenangan yang indah dan manis dalam blogging, tak kisah lah dapat hadiah apa pun. Ke ada orang yang tak suka menang contest?. Hihi…. ๐Ÿ˜€

p/s: Dah ushar beberapa contest untuk di join. Muehehe….

error: Content is protected !!