Tibalah masa untuk cek emel, nak lawan rasa mengantuk dan keletihan dah petang-petang ni. Tengok-tengok ada emel reply komen dari Eyriqazz.com. “Tahiah! Sya salah seorang pemenang”. Wow!. Alhamdulillah rezeki.  Teruja juga nak tahu menang hadiah apa, segmen/contest/GA yang mana 1, sebab ada banyak contest kat Eyriqazz aku join. Hehe…

iklan percuma di blog eyriqazz.com

Sya Isya tersenarai sebagai pemenang ke-3 dan hadiahnya ialah Peluang Beriklan Percuma di Eyriqazz.com. Waah… best tu. Lepas ni kena lah rangka entri untuk produk yang nak diiklankan di blog Eyriqazz. InsyaAllah, akan cuba disiapkan dalam masa yang dekat.

Tahun ni aku berazam untuk tak nak tangguh-tangguh kerja. Nak berdisiplin dalam melakukan kerja-kerja. 😀 Moga bukan hangat-hangat tahi ayam, InsyaAllah. Bukan senang nak berubah, tapi ianya tidak mustahil!. 😀

Terpandang projek menarik INI. Nak join juga. Mencuba nasib. Haha… aku memang kaki segmen, contest, GA… apa lagi… 😀 Hahaha…