Lirik lagu Masih Aku Cinta Lagu Shila Amzah Buat Sharnaaz Ahmad

Sebenarnya aku pun tak ambil tahu sangat kisah cinta Shila Amzah ni melainkan yang aku tahu, Shila Juara Asean Wave 2012. Suka sangat Shila nyanyi lagu Set Fire To The Rain tu. Bersemangat tengok dia nyanyi. Memang patut jadi johan pun. ^_^

Tapi, 3 hari lalu, tetiba aku terlayan pula kisah cinta Sheila Amzah dan Sharnaaz ni. Tu pun selepas terbaca entri di blog INI. Sampai pukul 2.30 pagi aku duk baca lepas satu, satu entri berkenaan Shila Amzah dan Sharnaaz ni. Hehe…. diambang hujung-hujung perhubungan Shila Amzah dah nak putus dengan Sharnaaz, baru aku ambil port. huhu… Ketinggalan bas sungguh.

Laa ni Shila Amzah dan Sharnaaz betul-betul dah putus cinta. Selepas video Shila menangis nyanyi lagu Ombak Rindu tersebar diyoutube dan video parody Shila menangis dishare dengan galaknya di FB, kini muncul pula lagu Shila cipta untuk Sharnaaz. Lagu bertajuk Masih Aku Cinta. Ternyata, Shila masih menyintai cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad.

Lirik Lagu Masih Aku Cinta (Shila Amzah)

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

p/s: Banyak juga komen negative aku baca tentang Sharnaaz ni di blog Beautifulnara. Rata-rata sokong Shila untuk cari lain.  Apapun, all the best untuk Shila dan juga Sharnaaz. Cinta tak semestinya memiliki. Uhuhu…

Kredit gambar: Murai.com

error: Content is protected !!