Selain dari kedai buku MPH, Baucar buku 1 Malaysia 2013 juga boleh digunakan untuk beli buku di MPH Online. Yang boleh beli dengan baucar buku ni kat MPH online cuma buku, majalah, jurnal dan juga alat bantuan pendidikan (alat tulis rasanya ni).

mph ONLINE terima baucar buku 1 malaysia

MPH Online terima baucar buku 1 malaysia

Baucar buku boleh digunakan di MPH Online sehingga 19 May 2013. Tapi sebelum beli gunakan baucar buku ni, kena fahamkan syarat-syarat penggunaannya dulu:

Cara-cara gunakan BB1M untuk beli buku di MPH Online:

1. Semak dulu sama ada poskod kawasan tempat tinggal anda boleh gunakan baucar ni atau tak. Klik SINI.
2. Ikut langkah-langkah untuk buat pembelian.
3. Email pengesahan akan diberikan untuk transaksi yang berjaya.
4. Selepas PosLaju dah ambil bungkusan dari MPHOnline, satu lagi emel akan dihantar kepada anda untuk memberitahu pelanggan.
5. PosLaju akan hubungi anda untuk waktu penghantaran.
6. Tunggu posmen Poslaju  sampai.
7. Ketika barang sampai, tunjukkan dokumen berikut. Kegagalan memberikan dokumen berikut akan menyebabkan kegagalan penghantaran.    (Sila rujuk Terms and Conditions).
a. Original IC  (untuk posmen verify)
b. BB1M
c. Baki duit (jika berkaitan)
8. Terima barang.

Syarat guna baucar buku di MPH Online

  • MPHOnline.com terima baucar buku 1 Malaysia untuk  kawasan poskod yang terpilih sahaja. klik SINI
  • Penggunaan BB1M untuk pembelian minimum RM100.00
  • Untuk setiap transaksi, maksimum 5 helai baucar sahaja dibenarkan.
  • Hanya baucar asal dengan maklumat yang lengkap sahaja (cth: nama penuh, MyKad IC/Army ID/Police ID dan stem Institusi )  akan diterima.
  • Baucar yang masih belum expired sahaja yang akan diterima.
  • Baucar boleh digunakan untuk beli buku akademik, jurnal, peralatan saintifik dan pendidikan mengikut keperluan pelajaran masing-masing.
  • Jika jumlah pembelian lebih dari nilai baucar yang digunakan, anda perlu top up baki yang kurang dengan wang anda sendiri. Jika jumlah pembelian kurang dari nilai baucar, baki tidak akan dipulangkan.
  • Anda perlu tunjukkan MyKad IC/Army ID/Police ID yang matches dengan maklumat di baucar sebagai bukti pemilikan, nilai BB1M yang betul dan tambahan wang tunai (jika berkaitan) ketika parcel sampai.
  • PosLaju berhak tahan barang ketika penghantaran, dan tidak menerima baucar buku jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, koyak, baucar palsu, setem Institusi tak jelas atau orang yang ambil barang bukan pemilik baucar.
  • Selepas posmen dah semak semua requirements menepati, parcel akan diserahkan kepada anda.
  • Jika anda tak available semasa parcel sampai, parcel akan diserahkan semula kepada pejabat pos untuk anda ambil sendiri di kaunter. Jika parcel tak dituntut selama 14 hari, parcel akan dipulangkan ke MPH dan order ini dikira BATAL.

Ok, ni lah dia syarat guna baucar buku di MPH Online kalau ada yang berhajat nak beli buku-buku yang ada di MPH Online ni. Klik SINI untuk shopping di MPH Online.

Lihat senarai tempat dan kedai yang boleh guna baucar buku 1 Malaysia di SINI <<

Like FB page syaisya.com untuk maklumat baru akan datang. Klik like untuk share info ini dengan rakan-rakan anda di FB 😀

error: Content is protected !!