Pagi tadi aku terbaca kat blog Rohaizad.com ni tentang kenapa PR blog tak naik-naik. Salah satunya sebab kewujudan komen SPAM dalam blog kita. Maka, malam ni aku mengambil tindakan drastik untuk delete komen-komen spam yang telah lama pun menginap dalam blog aku ni.

Walaupun PR blog aku tak jatuh, dah 2 tahun pun dok kat angka 2 je, tapi aku nak juga buang komen spam yang dah lama aku simpan ni. Untuk apa aku simpan, aku pun tak tahu. Confius betul!. So, buang je lah kan, sebab komen spam ni parasit. Lebih-lebih lagi kalau kita set kan dofollow untuk komen.

CARA MUDAH UNTUK NAIKKAN PR BLOG BUANG KOMEN SPAM

Hah, tuudia.. Ada 76 komen spam yang dah berjaya aku tendang masuk ke dalam bahagian spam. Lepas ni aku nak delete komen-komen spam yang menyesakkan dada ni. Ngeh2. Nyah kau dari sini!. Shuh! Shuh! Moga PR blog aku lepas ni boleh melonjak naik. Toink! Naik terus. Lompat!. Fast Action Fast Result!!!

delete komen spam untuk naikkan pr pagerank blog

Say Good Bye to spam comments 😀

p/s: Lama giler tak update blog ni. Memang dah bersarang. Ada 118 komen aku tak approve lagi. Wush! Wush!. Harap lepas ni aku boleh luangkan masa balas komen-komen ni. Sekarang ni otak aku duk ingat thesis dengan biz je. Dan juga tengah memikirkan strategi untuk mencetak duit 😀

p/s/s: Saje je aku kecikkan gambar ni. Hari tu ada terbaca kat satu blog tu, saiz gambar pun memainkan peranan dalam kelajuan loading blog. 😀 Aku dah lama tak blogging, tapi sekali sekala ada juga baca tip-tip blogging. Dengan harapan aku dapat majukan lagi blog kesayangan aku ni. Kalau boleh nak buat dia walaupun tak update tapi trafik maintain masyuk. Ohoho… Impian. Moga menjadi kenyataan ^_^

error: Content is protected !!