Debaran Menanti Keputusan PRU 13

debaran menanti keputusan pru 13

Debaran menanti keputusan PRU 13 memang terasa. Hakikatnya, PRU kali ini memang hangat dan bahangnya mula terasa sejak penamaan calon. Malam ni, aku pasti ramai yang duduk di rumah sahaja, menghadap tv menunggu keputusan. Aku pun 1 famili meghadap tv ni je. Tapi bertukar-rukar siaran tv juga lah untuk dapatkan keputusan yang cepat. Yang pastinya kat tv ni, mereka umumkan keputusan rasmi je.

Tv kami tukar-tukar antara saluran tv1, tv3 dan Astro Awani. Kalau nak tengok perubahan keputusan tak rasmi, kami rujuk lawan web spr, www.spr.gov.my. Sebabnya nak tahu juga siapa yang leading. Sebab kami nak tahu juga kedudukan terkini untuk kawasan kami. Tapi keputusan rasmi paling tepat pun rujuk laman web spr juga. Memang sah-sah rasmi.

Fuuh… memang tak boleh nak buat kerja apa lah. Hadap tv je tengok keputusan. Taip entri ni pun berhenti banyak kali. Huhuhu…

Waktu mengundi tadi pun, Alhamdulillah, perjalanan lancar. Tiada apa yang pelik pun masa mengundi tadi. Kami sekeluarga mengundi petang. Tak perlu beratur panjang pun 🙂

error: Content is protected !!