Perniagaan Sebagai Satu Ibadah

9 per 10 rezeki dalam perniagaan dalam islam satu ibadah

Bagaimana yang dikatakan perniagaan itu satu ibadah?

Rasulullah S.A.W. sendiri merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ketika beliau menguruskan perniagaan, baginda tidak  pula mengabaikan urusan agama Islam di Mekah dan Madinah.

Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebagai seorang peniaga?

1. Niat berniaga mesti betul

 Misalnya hatinya berkata begini, “Di tempat ini ramai umat Islam, tidak ada satu kedai runcit pun. Ini hal fardhu kifayah. Jika tidak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Jika begitu saya mahu buka kedai runcit.”

Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul hatinya akan berkata, “Saya mahu berniaga supaya untung, bila untung boleh berlagak”

Tidak boleh niat sombong kerana itu niat yang tidak betul.

2. Barang perniagaan sah dan halal menurut Islam

Barangan halal adalah seperti gula, garam, asam, kicap dan keperluan-keperluan lain.

Barang-barang yang tidak boleh jual ialah minuman keras seperti anchor beer, tiger beer, dadah, tiket loteri, rokok dan lain-lain.

3. Perlaksanaan atau pengendalian kedai dijalankan mengikut syariat

Timbangan mesti betul, sukatannya pun betul, tiada unsur penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.

4. Natijah mesti betul

Hasil keuntungan mestilah disalurkan dengan kehendak syariat. Bila mendapat untung, cukup haul maka keluarkan zakat. Bantu fakir miskin, derma masjid dan surau, korban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya.

Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan dari perniagaan itu ke meja judi, ke tempat hiburan, kelab malam, ke tempat peleseran dan lain-lain lagi.

5. Berniaga jangan sampai tidak solat

Hendak menegakkan fardu kifayah, fardu ain tak payah. Mana boleh fardu ain tak payah, ia lebih utama daripada fardu kifayah. Orang yang berniaga tapi tidak solat, tidak akan mendapat pahala apa-apa. Perniagaan yang diaturkan oleh orang-orang yang tidak solat tidak diterima sebagai ibadah di sisi Allah.

Sebaliknya seorang yang berniaga mengikut syariat dengan menunaikan kelima-lima syarat itu dianggap ia telah berbakti, beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.

Bagi yang nak memulakan perniagaan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, bolehlah mendapatkan panduan INI. Semoga perniagaan anda diberkatiNya. 🙂