SUAMIKU ENCIK SOTONG
Suamiku Encik Sotong. Aku terus tergelak sebaik sahaja terbaca tajuk buku ni kat dalam emel yang aku terima dari MPH. Suamiku Encik Sotong?. Menarik tajuk ni. Nak juga tahu sinopsis novel ni.
SINOPSIS SUAMIKU ENCIK SOTONG
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi… cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” – Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” – Erica
Baca sinopsis ni macam dah boleh agak dah jalan ceritanya macam mana. Biasalah kan, tema kahwin tanpa cinta. Novel-novel Melayu memang banyak tema ni, walaupun dalam dunia reality, lebih ramai yang berkahwin atas dasar cinta.
Harga novel ni RM25.90. Sesiapa yang berminat nak baca novel ni boleh lah beli. Aku ada banyak novel yang tak sentuh pun lagi. Novel-novel tu semua aku beli masa book fair sebelum ni. Tapi aku rindu juga sebenarnya nak baca novel-novel ni sebenarnya. Cuma sekarang ni aku lebih ghairah untuk baca buku-buku yang boleh meningkatkan financial IQ aku. 😀
p/s: Sotong takpe kan, asalkan tak cenderung kepada yang sama jenis.
menarik tajuknya. selamat membaca novel ni…