Kurang sebulan lagi, umat Islam akan menyambut Aidiladha yang dijangka jatuh pada 15 Oktober akan datang. Hari Raya Haji atau Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah s.w.t.
Kelebihan Melakukan Korban
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a..)
Hukum Ibadah Korban
Hukum ibadat korban ialah Sunat Muakkad iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama terutama di kalangan yang memenuhi syarat-syarat berikut :
- Muslim
- Baligh atau berakal
- Bebas atau merdeka
- Berkemampuan, iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyrik.
Ibadah Korban di Kemboja
Ibadah itu pula bergantung kepada keperluan semasa dengan mengutamakan saudara seagama walau dipisahkan dengan budaya dan lokasi. Menyedari kepentingan ibadah korban untuk dikongsi antara golongan yang berkemampuan dengan kumpulan yang kurang berada, eQurban telah menjalin kerjasama dengan masyarakat di Kemboja melalui Koperasi Muslim Kemboja (CMC) (koperasi pertama milik umat Islam di Kemboja). eQurban telah bekerjasama dengan CMCselama 4 tahun.
eQurban bukan hanya melaksanakan Ibadah Qurban & Aqiqah serta sumbangan semata-mata tetapi eQurban telah membantu di dalam meningkatkan sosio ekonomi dan pendidikan dikalangan masyarakat Islam di sini.
Marilah kita berkongsi rezeki dengan menyalur ibadah korban kepada umat Islam di Kemboja yang lebih memerlukan. Pihak eQurban akan mengagihkan hasil sembelihan dengan adil dan berdasarkan pengalaman, kemahiran dan kecekapan kumpulan yang terlibat mengendalikan korban di sana. InsyaAllah, ibadah yang kalian lakukan akan sampai kepada golongan yang selayaknya.
Nota : Tempahan Qurban pada tahun ini akan ditutup pada 07 OKTOBER 2013. Jangan tunggu saat-saat akhir, tempah sekarang dengan klik link ini :-